Saturday, October 1, 2011

Rendah Hati, Bukan Rendah Diri

Assalamualaikum semua. sebelum teruskan membaca, minta untuk klik dulu iklan di bawah ^_^ terima kasih

alhamdulillah


apa makna dipuji jika tak diuji
jangan dipuja andai tak pernah dicuba

Begitulah bait-bait kata Mudir Sekolah Pondok di Yala semasa saya sempat ke sana Ramadhan yang lalu. Kata yang penuh bermakna dan jika dihalusi dengan lebih mendalam, ianya pastinya mengenai kemanisan kejayaan. Kemanisan sebuah pekerjaan atau amalan yang kita bersungguh-sungguh melakukannya.

Setiap kali cubaan datang melanda, fikirkan hikmah- bersangka baik kepada Allah. Allah merancang dengan lebih baik setiap kejadian di dunia ini. Ada sebab mengapa kawan-kawan saya dijemput lebih awal menghadapNya di Mekah. Ada sebab mengapa Allah menetapkan saya, anda dan orang-orang di sekeliling anda di universiti ini. Ada hikmah mengapa Allah mengurniakan kita satu dugaan yang cukup berat, tidak lain kerana kita mampu menghadapinya kerana di samping kita ada rakan-rakan yang sedia membantu.


Ambil kesempatan yang ada::


Dalam minggu yang semakin sibuk ini, maka saya berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan sekalian untuk menggarap segala peluang yang ada untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan menuntut ilmu. Pusat Islam UTM sendiri telah mengatur pelbagai kuliah pengajian pada sebelah petang, International Student Society juga turut mengadakan Al-Quran Class dan sebagainya.

Dan apabila sudah mengikuti hatta seminit pun, maka sampaikanlah sedikit dari apa yang ada dapat. Berkongsilah ilmu yang ada, sebagai bekalan amalan anda untuk masa akan datang. Berkongsi ilmu itu tidak merugikan, bahkan ianya satu amalan yang bagus jika ianya disaluti dengan nilai keikhlasan dan perasaan kasih sayang sesama insan.

Rendah Hati, Bukan Rendah Diri ::

Rendah hati bukan penyakit kerana ianya sifat yang tawadu' dan sebagainya, tetapi penyakit rendah diri boleh didefinisikan sebagai insan hanya melihat kekurangan yang ada walhal ada lebih banyak nikmat yang Allah kurniakan kepadanya.

Hati-hatilah dalam melihat orang yang sombong, sebagai contoh kita berfikir atau lebih tepat lagi berburuk sangka mengenai sifat orang itu. Contoh kita mengatakan si A sombong kerana A tidak menjawab salam, tetapi adalah lebih wajar kita mencari 1001 alasan yang kukuh untuk tidak berburuk sangka kepada beliau.

apakah caranya untuk mencapai Rendah hati ?

:: jangan melihat orang lain lebih rendah dari kita. Lihat orang yang miskin, jarang bersedekah kerana kurang, tetapi kita yang mempunyai kelebihan  dari orang yang miskin masih sukar memberi sedekah. Belajarlah dari contoh teragung, Nabi Muhammad s.a.w . Melakukan kerja-kerja rumah, sentiasa mengucapkan terima kasih kepada semua dan banyak lagi.

Budayakan terima kasih !

hati, tenanglah kamu.bentuklah pemikiran yang positif dalam setiap perkara.
Allah janjikan yang terbaik, samada kita sedar atau tidak sahaja.


No comments:

Post a Comment