Friday, October 7, 2011

Hati Ini ::

Assalamualaikum. bertemu kembali kita di ruangan maya ini.


akhirnya dapat juga mencuri sedikit masa untuk menulis di blog sendiri. Mengumpulkan semangat dan kekuatan untuk menulis itu kadang kala hilang, dan kadang kala terlalu banyak untuk menulis. Namun, apabila difikirkan secara matang-matang, kadang kala perkara itu tidak perlu diperkatakan. Kadang kala ianya adalah sebagai peringatan untuk kita, bahawa setiap perkara itu pasti ada pro dan kontranya. Dalam berdepan dengan situasi yang melibatkan emosi, pastinya bisikan-bisikan halus dari syaitan mula meracuni akal pemikiran kita yang waras tersebut. Dan apabila kita sering bertindak membelakangi akal , maka pastinya berkaitan dengan hati.




hati yang indah,
dari jauh dilihat cerah,
tidak jemu apa lagi untuk diludah.

Hati yang bersih,
tidak dicemari umpama kain putih,
terus berbakti tanpa memilih,

hati itu suci,
jangan sesekali di kotori
Hati kuat dikala dekat
awan hitam dikala maksiat

Hati suci mencari cinta,
cinta ilahi Sang Pencipta.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding." Riwayat at-Tarmizi.








No comments:

Post a Comment