Tuesday, August 23, 2011

Ini Kisah Mereka........

Perisitiwa menyayat hati terus menyelubungi atmosfera bumi Selatan Thailand. 2 bulan yang lalu (Ogos 2011) menyaksikan pemergian dua remaja kembali ke rahmatullah.Adik Ihsan dan Abdullah yang merupakan sepupu, sering singgah di rumah datuknya. Mereka yang menguruskan kedai hasil tinggalan ayahnya yang turut menjadi mangsa konflik akan singgah di rumah datuknya pada sebelah petang setelah selesai.

Namun, sekitar jam 5.30 petang, terdengar bunyi berbalas tembakan . Mereka yang menaiki motor turut mendengar bunyi tembakan tersebut. Oleh kerana rasa takut menghantui mereka, mereka memutuskan untuk berpatah balik dari singgah di rumah datuknya. Namun,nasib malang menimpa mereka apabila salah seorang dari mereka iaitu Abdullah ditembak dari belakang.

Naluri seorang ibu memang cukup kuat . Di saat itu juga, ibunya meghubungi telefon bimbit anaknya. " Mak, kena tembak, kena tembak ! " hanya kalimah itu sahajalah yang sempat dan mampu diucapkan sebelum turut ditembak.

Siapa yang menembak mereka ? apakah dosa mereka ?apakah mereka benar-benar pengganas seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak ? Siapakah yang sedang berbalas tembak ketika itu ?

Seorang ketua yang kelihatan mempunyai pangkat datang ke lokasi dan menembak ahlinya sendiri seolah-olah mahu menutup 'peristiwa' yang berlaku. Mujurlah lokasi kejadian tidak jauh dari kampung, maka masyarakat kampung berdekatan telahpun menyelamatkan mangsa dari diapa-apakan oleh mana-mana pihak.

Tidak semena-mena, bom dan sepucuk senapang M-16 diletakkan di lokasi untuk dijadikan bukti yang kononnya Allahyarham Ihsan dan Abdullah merupakan pengganas.

Menegakkan keadilan di bumi yang bertuah ini, seolah-olah dipandang sepi. wang sejumlah 100 ribu baht diberikan sebagai wang saguhati kepada keluarga datuk mereka. Keadilan untuk kematian itu seolah-olah boleh dibeli dengan wang ringgit. Apabila diajukan untuk menuntut agar si pelaku memohon maaf dan menegakkan keadilan, namun hanya diberikan wang dan kain sejadah dan kitab Al Quran.

Malah,masyarakat yang membantu menyelamatkan allahyarham turut dituduh bersubahat dengan pengganas, padahal yang menjadi mangsa ialah insan yang tidak berdosa.

Sampai bilakah perkara ini akan berlaku ? Dunia tidak akan aman, andai mereka ini terus dibiarkan......

ini hanyalah secebis sahaja kisah yang didengar. Sedangkan hampir setiap minggu ada sahaja peristiwa-peristiwa sebegini berlaku.

1 comment:

  1. Salam....boleh tak saudara jelaskan siapakah dalang di sebalik konflik ini dari perspektif saudara. Saya sering keliru dengan konflik yg berpanjangan. Ramai pemungut derma dari Selatan Thai, selalu datang memungut derma dan saya sering bertanya, pihak manakah yg terlibat dgn gejala ini? harap sdra dpt beri komen..
    t.kasih

    ReplyDelete