Friday, February 18, 2011

Perkara 5 & 6 - akademik & Amal yang seimbang, Luaskan Jaringan


Akademik dikuasai dan Amal  Ditingkatkan

Sindrom mahasiswa kini membentuk konsep baru dalam menimba ilmu iaitu :
1. ilmu untuk ilmu
2. ilmu untuk pekerjaan
2 konsep atau sindrom ini amatlah bahaya dan memungkinkan untuk hilangnya keberkatan dalam menuntut ilmu.Oleh yang demikian, perlunya mahasiswa untuk kembali berpegang teguh dan menyelami sendiri betapa besarnya maksud motto ini. Motto UTM ini turut berperanan dalam menjadi kayu ukur kepada ketulusan kita dalam menganalisa KPI atau KAI kita sendiri. Minda kelas ketiga iaitu belajar untuk mendapat kelayakan sahaja harus diubah kepada mencari ilmu untuk dimanfaatkan oleh seberapa ramai manusia yang boleh. Oleh yang demikian, poster-poster,program-program,kempen-kempen harus dipergiatkan.


Meluaskan jaringan dan perkongsian pintar bagi manfaat kedua-dua pihak

-Pembangunan Kerjaya
-proaktif
Kini, MPM di seluruh IPT sudahpun sering kali mengadakan pertemuan terutama sekali di Konvensyen MPM Peringkat Kebangsaan. Maka, MPM seharusnya membuka jalan baru untuk mempereratkan perhubungan antara JKM-JKM dengan  jawatankuasa kolej di universiti lain, persatuan-persatuan yang mempunyai latar belakang yang sama dan sebagainya. Bukan itu sahaja, jaringan perhubungan juga boleh dibentuk terutama sekali dengan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk dijadikan tempat latihan industri mahasiswa UTM nanti. Malah,kedudukan strategik UTM yang berdekatan dengan wilayah Iskandar Malaysia juga memberi peluang yang lebih luas dalam membina jaringan yang kukuh. Malah,kerjasama dengan KPJ Healthcare ,Newcastle University malah harus turut dimulakan dalam kalangan mahasiswa.

Jaringan ini bukan sahaja berbentuk dialog,forum, malah aktiviti –aktiviti seperti perlawanan persahabatan, silang budaya dan silang kampus juga boleh dilakukan bagi membentuk mahasiswa cemerlang seperti yang ternyata dalam hasrat dato NC sendiri. Malah, sekiranya pertemuan turut diadakan dengan pegawai kanan universiti mahupun pegawai syarikat-syarikat, ini sekaligus menunjukkan kesediaan dari segi mental dan fizikal mahasiswa UTM dalam menguruskan pertemuan dengan orang kenamaan.


No comments:

Post a Comment