Friday, February 18, 2011

Perkara 3 & 4 - Disiplin Dan Humanity


Disiplin

Saya berharap agar dalam segala aspek, mahasiswa melihat dan menanganinya secara professional dan bertindak seperti orang dewasa yang matang. Kita tidak mahu budaya mengampu,membantah membuta tuli masih ada dalam diri mahasiswa UTM. Maka, aspek ini berkesinambungan dengan pembudayaan ilmu di kampus. Dengan ilmu yang mendalam dan mendapat maklumat yang cukup dan betul, mahasiswa UTM diharap mampu keluar dari zon selesa yang sentiasa menerima tanpa banyak memberi sumbangan.

 

Humanity
memupuk sikap sentiasa cakna kepada isu-isu kemasyarakatan baik di dalam kampus,nasional dan internasional. Mahasiswa UTM harus mendahului dalam menghulurkan bantuan,sumbang saran dan sebagainya. Maka,menjadi peranan pimpinan mahasiswa UTM untuk mencetus budaya berlumba-lumba dalam membuat amal dalam diri mahasiswa UTM.Ini selaras dengan salah satu pedoman Prof Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Detik-Detik Masa Dalam Kehidupan Muslim.

Mahasiswa sendiri lahir dalam kalangan masyarakat. Dan akan kembali semula kepada masyarakat setelah tamat pengajian di universiti. Oleh yang demikian, mahasiswa harus diberi pendedahan dalam aktiviti kesukarelaan kepada masyarakat, agar selepas tamat nanti, mereka tidak kekok dalam bergaul dengan masyarakat, menjadi jurubicara kepada masyarakat dan mampu memperkembangkan idea dalam komuniti masyarakat. Ini merupakan satu latihan ataupun permulaan kepada idea pembelajaran sepanjang hayat(long life journey) yang disarankan oleh Prof Dr Wan dalam membentuk budaya ilmu di kampus.
Malah,memupuk sikap mahasiswa peduli ini juga merupakan salah satu ciri membentuk Mahasiswa Cemerlang dalam aspek keprihatinan social. orang berilmu hidup dengan amalan,bukan berfikir tentang amalan -carlos Castaneda. Malah, mahasiswa sendiri harus menilai apakah cukup sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dalam tempoh pengajian mereka di UTM.

No comments:

Post a Comment