Monday, February 28, 2011

Pasca PRK.Penghargaan kepada Mahasiswa

Assalamualaikum ..

apa khabar mahasiswa sekalian? diharap anda mempunyai sedikit masa untuk dipinjamkan untuk membaca perutusan saya pasca kemenangan pilihanraya isnin lalu.

mahasiswa sekalian,
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah, setinggi melangit pujian dan syukur kepada Allah, yang sudi meminjamkan kemenangan ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain, kerana sudi memberi peluang hambaMu ini merasai secebis rasa manis sebelum bakal menempuh tempoh 1 penggal yang pastinya pelbagai rasa bakal kami rasai.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat,jentera-jentera,rakan-rakan , yang dari awal penamaan calon hinggalah ke saat ini, yang bertungkus lumus bekerja kuat untuk kemenangan ini,yang berusaha gigih dalam mempromosikan diri saya yang hina ini, yang memberikan komitmen menggunung dalam memastikan saya memenangi kerusi MPM kali ini.

Terima kasih juga kepada para mantan-mantan MPM, saudara Zaki Omar, Fareez Khan,Khairi Abdullah, Mohd Shafiq Abd Aziz (mantan YDP USM 08/09),Wan Hazem,Aimran, Hayati dan ramai lagi yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh seminggu ini.terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

kepada semua pengundi-pengundi dan mahasiswa sekalian,

terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. Kemenangan saya ini,adalah kemenangan suara anda.dan saya faham,kemenangan ini perlulah saya bayar dengan kerja kuat saya kerana Allah untuk anda selaras dengan moto UTM " Kerana Tuhan Untuk Manusia." Justeru, saya mengajak kepada semua mahasiswa,baik yang mengundi saya ataupun tidak, untuk kembali memperbetulkan niat kita berada di UTM ini. Kerana Tuhan Untuk Manusia,Kerana Tuhan Untuk Manusia, Kerana Tuhan Untuk Manusia. Anda semua amatlah dialu-alukan untuk menghantar aduan,cadangan,dan sebagainya ke inbox saya di facebook saya.InsyaAllah,akan saya bawakan ke peringkat perbincangan dengan MPM-MPM yang lain.

"Amanah ini cukup berat,namun lebih berat jika anda tidak mempercayai kepimpinan yang anda pilih"

Saya masih lagi baru dalam dunia MPM ini.Maka saya mohon doa dari kalian agar kami,para MPM baru dapat memikul tugas ini selaras dengan syariat, mendahulukan mahasiswa dan melihat kepada perkara yang maksimum kebaikan.

Maafkan saya jika ucapan ini terlewat, kerana saya kurang sihat sejak hari pengundian hinggalah ke hari ini. Semoga anda terus menyokong saya, dan saya terus menyokong anda.(^_^)

1 comment: