Sunday, January 30, 2011

Menjadi Mahasiswa Pencinta Ilmu & Masa

24 Safar 1432.

lama sudah tidak menulis. update-update mengenai program JKM sendiri saya gagal untuk update. Menginsafi kelemahan diri,kerana tidak mampu berkarya walaupun seketika. Program seperti Gempak Pagi K10, Kursus Etiket & Protokol, Perjumpaan Bersama dengan Penghuni pelajar antarabangsa.

Keberkatan Masa


Masa yang diberikan kepada kita,jarang kita syukuri. Dapat dilihat, bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh memanfaatkan masa selama 3 tahun untuk menawan kota Konstantinopel. Pemain bola sepak akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka menjaringkan gol dalam tempoh 90 minit. Sesuai dengan situasi pilhanraya kecil di N05 Dun Tenang, calon-calon memanfaatkan masa untuk memastikan mereka mampu menyampaikan misi dan visi mereka ke seluruh masyarakat semaksima yang mungkin.

Itulah pentingnya masa. Imam Syafie dan imam-imam lain tidak panjang umurnya,namun dalam tempoh umur yang diberi Allah, mereka mampu menghasilkan kitab-kitab yang ilmunya berkembang hingga ke hari ini.Imam An Nawawi sendiri umurnya tidak panjang,namun hasil karyanya mengagumkan. Kadangkala diri ini terkesima dan menginsafi diri. Dengan segala kemajuan teknologi, masih gagal untuk menerbitkan satu judul walaupun satu.

Malah,sebagai pemimpin mahasiswa,baik di peringkat tertinggi mahupun bawahan,penjagaan masa ini amat perlu dalam mendisiplinkan diri. Untuk menguji ketepatan masa, buatlah program selepas subuh, kerana ketika ini boleh dikatakan nafsu 'katil' itu terlalu kuat memanggil.

Kecintaan Terhadap Ilmu -



Alhamdulillah, permulaan cuti ini saya mulakan dengan berjaya menghabiskan pembacaan pertama saya terhadap Buku Kuasa Kepemimpinan Al Fateh.menarik,dan menambahkan semangat saya.Syukur sahabat saya menghadiahkan kepada saya buku yang sudah lama saya cari.
Saya juga sempat menghadiri Seminar Mengenai Kerajaan Uthamniyyah. Banyak perkara ataupun input yang saya peroleh dan insyaAllah akan saya sertakan link rakaman semasa 8 pembentangan kertas kerja tersebut. Antaranya mengenai sisi gelap kerajaan uthmaniyyah, kaitan dengan zionisme dan banyak lagi. Yang jelas,apabila kita menjadi pemimpin,jangan sesekali melupakan rintihan dan suara hati rakyat. Lihatlah bagaimana suara hati rakyat telah menyebabkan berlakunya revolusi Tunisia. Suara hati rakyat juga yang menyebabkan Malayan Union ditentang satu ketika dahulu.

Pada sebelah malamnya, saya berkesempatan untuk mengikuti kuliah ustaz Azhar. Caranya yang santai membuatkan para hadirin yang hadir terasa senang dengan mendengar kuliahnya.Malah sehinggakan persoalan mengenai masalah batin sekalipun para hadirin tanpa segan silu berani untuk bertanya kepada ustaz. Antara perkara yang menarik ialah ustaz Azhar sendiri mengingatkan kita semua untuk terus menuntut ilmu walau apa cara sekalipun. Tuntutlah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama.banyak lagi..nanti saya upload hasil rakaman.

Ilmu itu penyuluh hidup. Cubalah sedaya upaya untuk menjadi salah satu daripada golongan-golongan ini :

- pengajar ilmu
- penuntut ilmu
- mendengar ilmu
- menyukai orang yang menuntut ilmu

kalau kita tak termasuk dalam salah satu golongan ini, kita ni diibaratkan tidak membantu langsung terhadap Islam. Malah,menurut ilmu tasawuf, mereka yang berumur 40 tahun ke atas, adalah mayat-mayat hidup @ zombi yang ke hulu hilir .

Amal.Futuristik.Dinamik.Humanity.Abd.Leadership

No comments:

Post a Comment