Wednesday, January 19, 2011

KPI- hanya jalan menuju kecemerlangan,bukan matlamat di dalam persatuan

[status from my ustaz, ustaz fauzi idris]Al-Alamah Imam Ghazali menyebut di dlm kitabnya Bidayatul Hidayah,.... " memetik sbda nabi saw,... manusia selalu merosakkan dirinya dengan menuntut ilmu tetapi mereka berazam untuk menjadikan diri mereka dikenali, mendapat manfaat dunia dari ilmunya.... maka mereka ini telah rosak imannya"
renungkan.

betapa, di dalam jalan untuk kebaikan pun, syaitan dan iblis masih mampu merasuki jiwa dan hati-hati manusia. Bagaimana konsep matlamat menghalalkan cara yang sering diadaptasi dalam kehidupan kita kini.

Kita dapat lihat, bagaimana sejak akhir-akhir ini, penjenamaan KPI sudah meluas di kalangan rakyat Malaysia,dan mahasiswa tidak terkecuali. KPI, atau nama penuhnya Key Performance Indicator ini merupakan satu jalan atau strategi gerak kerja dalam memfokuskan matlamat dalam kebanyakan aktiviti dan hala tuju organisasi.


namun, di satu sudut,perkara ini boleh menyebabkan para penggerak persatuan mahasiswa tertumpu kepada persaingan bagi memperoleh markah KPI yang tinggi, bagi mendapat sanjungan dari rakan dan lawan. Keadaan ini,seolah-olah mengikut trend sistem pendidikan negara masa kini, iaitu berorientasikan peperiksaan. Walaupun di satu ketika kita mempunyai Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya, namun dasar-dasar itu langsung tidak menyelinap masuk di dalam hati-hati pelajar. Apa yang mereka tahu ,

" aku mesti study untuk lulus exam ni "
"aku kene g meeting ni..nanti orang kata apa nanti.."

Ikhlas, rasional dan bertanggungjawab dalam memegang amanah

sifat ikhlas perlu ada dalam diri pemimpin, untuk memastikan tidak ada sikap mengeluh.

Rasional perlu ada dalam diri pemimpin,terutama dalam memberi tugas, agar setiap masalah yang dihadapi oleh ahli dapat difahami.

Tanggungjawab,merupakan aspek utama dan menjadi tunjang, kerana memegang kepimpinan itu memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi, penghadaman terhadap kaitan antara tanggungjawab dan hari akhirat perlu dijelaskan, kerana soal kepimpinan bukan soal main-main.

Allah Ta'ala berfirman:

"Dan rendahkanlah sayapmu - yakni bersikap merendahkan dirilah - kepada orang yang mengikutimu dari golongan kaum mu'minin.” (as-Syu'ara': 215)

saya tidak punya ilmu untuk menafsir firman Allahurabbi ini. Namun dapat difahami perlunya kita sebagai pemimpin menjadi seorang yang berjiwa rakyat - menyelami denyutan nadi rakyat. rakyat tidak mahu lagi mendengar pidato-pidato kosong, tetapi rakyat mahukan tindakan-tindakan yang proaktif. Rakyat mahu tahu mengapa dan untuk apa sesuatu itu dilakukan.

K.A.I - Pemegang Hati-Hati Pemimpin untuk memperkukuhkan akar kepimpinan.


Pengenalan Key Amal Indicator oleh Dato' NC baru -baru ini harus dilihat dari perspektif yang cukup luas dan pentingnya amalan-amalan dalam mengukuhkan hubungan dengan Allah.Lebih lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin. Masyarakat belajar dengan lebih cepat dari mata,bukan dari telinga. Dan setiap sesuatu tindakan itu,perlunya bersifat inside-outside, yakni dari dalam. Sebagaimana hati, bila kotor hati,maka rosaklah semua anggota-anggota.

Oleh yang demikian, setiap kali kita membicarakan tentang KPI,maka dalam masa yang sama kita harus memastikan agar ahli-ahli yang mendengar celoteh kita ini diperbetulkan persepsi-matlamat hanya kerana Allah. Setiap tindakan, perlunya adanya Allah di dalam hati kita.

Kenapa tolong orang ? sebab Allah suka orang yang saling tolong menolong
Kenapa buat program ? untuk beri pendedahan dalam membentuk mukmin profesional
Kenapa buat meeting ? kerana keputusan secara mesyuarat itu lebih baik dari keputusan seorang diri.


terkasar bahasa, harap diampun. terguris di hati,silakan untuk tegur (^_^)
Salam Ukhuwah Pemangkin Ummah.

No comments:

Post a Comment