Thursday, January 13, 2011

Malam Pengenalan JKM - Permulaan Hebat Merencana Semangat





Program yang mensasarkan seramai 250 orang itu alhamdulillah mendapat sambutan. saya anggarkan hampir 300 rasanya yang hadir. malam ini turut diserikan dengan ucapan dari mantan presiden JKM Kolej 10, saudara Muaz, ucapan Pengerusi JKM yang baru, saudara Ariff dan ucapan dari Prof Latiff, Pengetua Kolej 10. Malah, majlis diserikan dengan sesi soal jawab dari mahasiswa kepada pihak pentadbiran. Saya amat bersetuju dengan pendekatan seperti ini yang memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk memastikan ideologi,luahan rasa mahasiswa itu sampai ke pihak atasan dengan cara yang betul.

dalam ucapan saudara Presiden, mengaitkan tentang perutusan Tahun Baru Yang Berbahagia NC kita sendiri, terutama sekali mengenai soal K.A.I (Key Amal Indicator). Satu pendekatan baru atau lebih sesuai dikenali sebagai 'rebranding' kepada mutabaah amal, iaitu satu buku khas untuk kita melihat ke'istiqamahan' kita dalam melakukan amal kepada Allah.

Ketika saya berada di dalam Dewan Sri Iskandar untuk sesi tersebut, saya melihat harapan NC dalam memacu kecemerlangan UTM untuk menjadi World Class University tetapi membuat akar yang kuat, iaitu kekuatan rohani. dan selaras dengan itulah,wujudnya KAI. Langkah bijak ini seharusnya menyedarkan dan membuka mata para khalifah-khalifah,pemimpin-pemimpin mahasiswa, jabatan-jabatan dan sebagainya, iaitu tanpa kekuatan rohani yang kuat, sesuatu perkara yang diperjuangkan itu dikhuatiri akan hanya seperti pasu bunga yang besar, tetapi mempunyai lubang di tapaknya. Dan sebelum hal ini dilontarkan kepada masyarakat ataupun penghuni kolej, maka K.A.I ini perlu dilaksanakan dahulu di dalam organisasi yang disertai dan diketuai.








Malam itu juga, sekali lagi aduan mengenai kerosakan plug dilaporkan. Alhamdulillah, juruteknik yang hadir berjaya menyelesaikan perkara tersebut. Terdapat kerosakan pada soket seorang mahasiswa. Sebelum itu, beberapa kali saya dan 4 5 orang MKA sendiri ( kerana mereka tinggal berdekatan dengan bilik tersebut) cuba untuk menutup suis utama namun gagal menyelesaikan permasalahan tersebut.

Saya berharap agar dikurniakan peluang untuk menghabiskan membaca perutusan tahun Baru NC , agar saya mampu bersatu - bukan menghapuskan perbezaan, tetapi menguruskannya.

No comments:

Post a Comment