Tuesday, February 1, 2011

Budaya Hedonisme Merencatkan Perkembangan Minda Kreatif dan Inovatif

Assalamualaikum. pagi ini,setelah selesai membaca sebuah buku , membuka televisyen sebentar untuk merehat-rehatkan minda sebentar yang letih membaca dari pagi.dari satu stesyen ke stesyen yang lain. dan seketika...

terhenti ke sebuah stesyen. Program realiti tv.

anak-anak muda sudah diajar untuk berani berhadapan dengan ramai orang. Berani berwacana secara bebas, ya itulah salah satu ciri yang dinyatakan dalam bab Mahasiswa cemerlang dalam Buku Menghayati Budaya Ilmu. Ibu bapa memberi sokongan dan galakan,menunjukkan betapa besarnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Seperti mana Sultan Murad mencorakkan anaknya,Muhammad sehingga mampu membebaskan Kota Konstantinopel ribuan tahun dahulu.

terdetik di fikiran. Bagaimanakah  program MyBrain15 yang mensasarkan 18000 orang warga Malaysia mempunyai PhD boleh tercapai jika budaya cintakan hiburan seperti ini terus ditanam sejak dari kecil. Malah, saya sendiri tidak nampakkan berlakunya pembudayan ilmu dengan adanya agenda mempergiatkan anak muda kepada kegiatan berhibur.Malah, di dalam Buku Menghayati Budaya Ilmu hasil karya Dato NC UTM sendiri menyatakan beberapa cadangan Dari Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam menyuburkan budaya ilmu. Dan amat malang sekali,saya tidak nampak berlakunya keselarian antara tujuan program seperti ini dilakukan dengan cadangan -cadangan yang disalurkan.

Kurangnya Resolusi Atau Alternatif Dalam Menyalurkan Minat Dan Bakat
pernah satu ketika media mendedahkan permasalahan anak-anak muda  menyertai program realiti seperti ini.namun dijawab oleh Aznil Nawawi bahawa ada sesetengah ibu bapa sendiri yang meminta anak-anak mereka untuk masuk pertandingan seperti ini.

anak-anak itu umpama kain putih.ibu bapalah yang mencorakkannya.

ya,tidak dapat dinafikan bahawa kurangnya program realiti yang mendorong ke arah kebaikan. Namun,mungkin lebih wajar (pesan untuk diri saya sendiri) untuk memfokuskan anak-anak muda tentang fardhu ain dan ilmu-ilmu yang berguna. Mendedahkan mereka tentang pentingnya menjadi orang yang berilmu, dan sebagainya. Mendedahkan mereka tokoh-tokoh yang berilmu tinggi seperti Imam Syafie,Munshi Abdullah dan ramai lagi.

Minda Yang Ingin Mengejar Terkenal,Pangkat dan Materialisasi Semata




ya.minda kita masih lagi minda reaktif.yang hanya meminta-minta tanpa menyelesaikan masalah. Melihat seseorang itu melalui pangkat, bukan melalui idea-idea dan ilmu yang diperolehi. Budaya ini cukup membimbangkan,lebih-lebih lagi dalam tempoh kurang 10 tahun menuju Misi Malaysia Negara Maju. Kita tidak mahu melahirkan golongan muda mudi yang kurang ilmunya. Ini merencatkan agenda penguasaan Kemahiran Insaniah yang diterapkan KPT kepada aktiviti-aktiviti mahasiswa. Maka,langkah drastik perlu diambil untuk sekurang-kurangnya meminimumkan program-program seperti ini pada awalnya supaya berlakunya kesinambungan antara KSSR dengan dasar universiti sendiri.

Sedikit Solusi penyelesaian
1.Kementerian Komunikasi atau mana-mana pihak berwajib mungkin menggunakan teknik penggiliran dalam mengadakan program realiti tv seperti ini. Sebagai contoh, 1 stesyen tv hanya boleh menganjurkan 1 program realiti tv sahaja setahun terutama program yang mempunyai motif yang sama.sebagai contoh melahirkan artis.

2.  Program-program yang tidak membawa sebarang pembentukan budaya ilmu dan program yang tidak membentuk kemahiran insaniah yang utama haruslah dielakkan.

3. anak-anak muda yang meminati bidang muzik haruslah disarankan untuk mengambil diploma/ ijazah yang berkaitan dengan minat mereka ataupun dalam bidang lain seperti perniagaan. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai Pelan B sekiranya kerjaya mereka sebagai 'artis segera' hanya bertahan 2 3 bulan sahaja.


4.Bijak Mengutamakan Yang utaman

adakah menjadi artis ini merupakan perkara utama? kita dahulu mengenal Mamat Exist yang sedap suaranya menyanyikan lagu Ibu. Namun,setelah beberapa tahun menghilang diri,beliau kembali.namun gagal mencipta impak yang sama seperti dulu.

Contoh lain ialah Michael Shumacher. u-turn nya untuk kembali menyertai F1 adalah tidak se gah namanya.


sekadar berkongsi idea dan pandangan.(^_^)

No comments:

Post a Comment