Friday, February 1, 2013

Ikhlas kerana Allah

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah sempat diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah diperolehi. Tajuknya berkenaan Ikhlas. Ikhlas kerana Allah semata-mata. Tidak ada niat yang lain. Suci. Umpama air mineral yang tidak ada bendasing lain di dalamnya.






Begitulah sepatutnya niat kita apabila melakukan amalan kepada Allah. Amalan kita perlulah ikhlas, dan juga mengikut suri teladan dari Rasulullah s.a.w. Perkara-perkara yang amat kita takuti ialah munculnya perasaan ria', ujub, takbur yang boleh menghilangkan pahala di dalam amalan kita.

Ia benar-benar membuatkan diri ini terdiam sebentar. Apakah sebenarnya tujuan melakukan sesuatu perkara? Allahurabbi.

Aku mendaki gunung untuk melihat kebesaranMu.
Aku mendaki untuk memberi galakan kepada mereka untuk melihat ciptaanMu.
Dari sudut berbeza.
Aku mengembara untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain tentang
hijaunya tumbuhanMu, birunya lautMu.


Kadangkala, kita berasa niat kita sudah betul, namun perlulah kembali memperbetulkannya.
Kita ini manusia. Khilaf. Jangan pernah berasa diri kita hebat kerana amalan yang kita lakukan. Barangkali amalan orang lain yang sedikit itu menjadi asbab si fulan masuk ke syurga.

Muhasabah diri. Perbaiki Niat.Ambillah dan manfaatkanlah apa yang ada di dalam blog ini jika ianya mampu menyuntik semangat anda untuk berkejar mendapatkan redhaNya. Jika anda rasa ianya tidak bermanfaat, tinggalkanlah ia.

~peringatan buat diriku yang lupa ~


No comments:

Post a Comment