Thursday, February 7, 2013

Di Sebalik Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah umum bertempat di surau rumah saya. Bila lagi nak datang program-program ilmiah macam ni ? =)


Memandangkan masih lagi dalam bulan Rabiul Awal, jadi tema kebanyakan ceramah lebih kepada sambutan maulidur rasul. Antara perkara penting yang saya dapat ialah mengenai cara kita menyambut. Tak salah menyambut, tetapi jangan sampai lebih pada menyambutnya, tetapi kurang pada pengisian selepasnya.

Konsepnya lebih kurang macam bulan Ramadhan. (Peringatan untuk diri sendiri). Kita selalu berusaha untuk beramal semaksima mungkin bila datangnya Ramadhan. Tetapi habisnya Ramadhan, dah mula slow amalan-amalan baik kita. * Ketuk Kepala Sendiri, Boleh ? Ke ada yang tak bagi ? =)


Untuk perkongsian semua, Abu Jahal ialah orang yang paling semangat tahap gaban bila lahirnya Rasulullah s.a.w. Ustaz (maaflah, saya tak ingat nama ustaz tu.huhu) tu cakap sampai Abu Jahal memerdekakan hambanya bila lahirnya junjungan mulia Rasulullah s.a.w ( selawat ! Cepat Selawat =) ). Namun bila hidupnya Nabi, beliaulah orang yang paling tegar menentang Nabi.

Begitulah iktibar yang perlu kita ambil. Jangan sambut bagai nak rak, tapi sunnah-sunnahnya tak nak buat.
 apa yang dia suruh, tak nak buat dan sebagainya. Bila tulis-tulis dan kongsi ilmu ni, alahai rasa banyaknya saya buat salah. Umur dah nak masuk 23,tapi buat benda-benda senang pun payah. *Muhasabah*


Selain itu juga, kita kena ingat tarikh 12 Rabiul Awal ni juga merupakan tarikh wafatnya Rasulullah s.a.w. Sering kita mendengar apabila Rasulullah naik ke mimbar dan menyampaikan ayat / wahyu.

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: 

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. 

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda." 

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. 

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." - sumber pekanrabu.com

 Begitu dalamnya cinta sahabat kepada baginda s.a.w.
Kita ini. Allah..masih jauh rasanya nak sampai ke tahap begitu. Bayangkan bagaimana di dalam era kepimpinan Saidina Umar, Saidina Bilal kembali hadir ke Madinah dan diminta melaungkan azan. 1 Madinah berasa sebak apabila mendengarnya kerana Bilal hanya menjadi muazzin ketika hayat Rasulullah s.a.w.



Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w
 

No comments:

Post a Comment