Sunday, June 10, 2012

Naskah Cinta Rasulullah. Buah Tangan Untuk Jiwa-Jiwa Muda


Assalamualaikum semua.

Jelas , medium yang ada pada hari ini mempunyai banyak pro dan kontra nya. Namun, ianya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk mengendalikannya. Ada yang menggunakan ke arah yang benar, dan ada juga yang menyalahgunakannya. Kita tidak dapat tidak lari dari melakukan khilaf dan kesalahan, namun pabila mulai tersedar, maka segeralah mencari-cari pintu taubat yang ada.


Ringankan lidah melafazkan istighfar, moga-moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

foto diambil dari http://qamarguyz.blogspot.com

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana saya sudahpun menonton hasil tangan bakal-bakal guru dari IPG Kampus Perlis. Mereka telahpun menghasilkan satu karya yang bagi saya sebagai permulaan kepada lahirnya lebih banyak karya-karya yang segar dengan mesej-mesej yang baik.



walaupun masih terdapat beberapa kekurangan,namun bukanlah itu yang jadi tumpuan utama namun mesej yang cuba untuk disampaikan. Ya, kita sedia maklum kita ada salah,namun jangan sesekali putus asa dari rahmat Allah. Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai filem pendek ini, kerana bagi saya lebih molek untuk anda sendiri menontonnya. Cuma ianya sedikit sebanyak mengukuhkan lagi rasa cinta kami kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Moga ianya terus segar.



No comments:

Post a Comment