Isnin - seramai hampir 30 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (MPPUMS) telahpun mengadakan program Delegasi Bayu 1 Malaysia mereka ke hampir semua IPTA di Malaysia dan cukup bertuah sekali, kerana UTM menjadi destinasi pertama dalam memulakan delegasi ini. Delegasi ini turut dihadiri oleh TNC HEPA mereka sendiri serta seorang pegawai pengiring.
Mereka telah selamat tiba di Lapangan Terbang Senai pada jam 9.00 pagi sebelum dibawa ke tempat penginapan mereka di Kolej 9 dan 10. Sesi pertama merupakan sesi penerangan dari pihak HEMA UTM yang disampaikan sendiri oleh Prof Datuk Tajuddin. Antara perkara yang menarik minat mereka tentunya program Global Outreach Programme (GOP).
Pada sebelah malamnya, MPPUMS telahpun dibawa melawat ke Balai Cerapan UTM sambil menikmati makan malam di sana. Di dalam ucapan TNC HEPA UMS, PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MD. MANSUR turut menjemput MPM UTM untuk berkunjung ke UMS di masa akan datang. Malah, Prof Madya Dr Haji Kasim juga sempat mendendangkan sebuah lagu bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.
Keesokannya, delegasi MPPUMS dibawa bersarapan di rumah ALUMNI UTM sebelum dibawa melawat ke Stadium dan Kolam Renang UTM. Presiden MPPUMS, 
saudara Khalil Sabu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MPMUTM atas layanan yang diberikan dan berharap agar mereka mampu membalas dengan lebih bagus dari apa yang telah pihak UTM lakukan dalam menyambut dan menguruskan delegasi mereka ke UTM.
No comments:
Post a Comment