Saturday, August 23, 2014

Yuk ke Eropah?

Assalamualaikum semua. contengan ini adalah perkongsian penulis sendiri. Sekiranya ianya baik maka ambil lah untuk diguna . Jika tidak, mohon untuk tidak dikongsikan dan memperbetulkan melalui pesanan di ruang komen.



Aku amat meminati seni.
Tidak kira baik dalam aspek perfileman, seni kata lagu,
mahupun dari sudut pemandangan.

Yang jelas, aku tidak saja mahu menonton atau mendengar lagu begitu saja.
Paling tidak, aku cuba untuk memahami makna-makna yang tersurat yang mungkin disampaikan.

Dan ia pastinya lebih seronok jika kita menonton filem yang mempunyai minat yang sama.
Filem filem berunsur pengembaraan, sejarah-sejarah tamadun dunia, kemanusiaan, antara genre yang cukup aku minati. Dan kini, filem 99 Cahaya di Langit Eropah benar-benar membekas di dasar hati ini.


Bagi teman-teman yang sudah pun pernah menjejakkan kaki di sana, pastinya ia seakan satu "flashback" kenangan-kenangan ketika berada di sana. Tapi bagi aku yang masih belum punya kesempatan dari tuhan untuk ke sana, ia seolah-olah semakin menyemarakkan bara untuk menuntut ilmu hikmah, toleransi di sana. 

Malah, turut diketengahkan dalam filem ini bagaimana peninggalan islam kepada benua eropah. Daripada sekecil-kecil asal usul Cappucino, hinggalah kepada tersergamnya mezquita di Cordoba. Mengingati sejarah kegemilangan empayar Islam satu ketika dahulu bagaikan satu tonik penaik semangat untuk meneruskan pembelajaran ilmu-ilmu Allah yang tersebar luas.

Sungguh, saat pertama kali mengetahui asal usul ilmu penerbangan datang dari Abbas Ibn Firnas, ia memberi nafas aku untuk menghabiskan pengajian di kampusku satu ketika dahulu. Di dalam filem ini juga diketengahkan tentang bagaimana hebatnya perihal akhlak kita dalam pergaulan dengan masyarakat bukan Islam. 

Di saat mereka dimarahi kerana menggoreng ikan masin, memanaskan kari di dalam microwave dan banyak lagi, watak-watak di dalam filem ini berperanan menjadi ejen muslim terbaik- dengan membalas dengan perbuatan memberi bantuan, hadiah kepada mereka.

Dengan akhlak yang baik juga, Rangga ( salah seorang mahasiswa di Vienna) berpeluang menjelaskan kepada rakan-rakannya beberapa perkara yang membuatkan rakan-rakannya tidak faham mengenai Islam.

Sungguh, filem ini benar-benar membuatkan aku ingin menjejak kaki ke sana. Bukan untuk bersukaria, tetapi mahu mengutip mutiara hikmah di sana. Hatta walaupun seketika. 

Dan lebih menarik lagi, ia merupakan cerita benar dari penulisnya sendiri, Hanum Salsabiela. 

Jadi, bila kita mahu ke Eropah ? 

- Moga pertanyaan ini ada jawapannya.


Ulu Klang, 2014.



No comments:

Post a Comment