Thursday, March 7, 2013

Sucess Love Preparation.

Assalamualaikum semua.


Kesibukan diri dalam menguruskan hal kerja dan belajar lebih membuatkan diri kita lebih tersusun. Kehidupan yang penuh perancangan. Setiap hari, kita tahu apa yang perlu kita capai. Kita tahu apa yang perlu, di mana untuk memberhentikan dan di mana sudut letaknya untuk memperlahankan.


Sehubungan itu, Rasulullah SAW sudah lama mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda yang diriwayatkan Saidatina Aisyah: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqan atau bersungguh-sungguh (sempurna).” (Hadis riwayat al-Baihaqi) 

Di dalam kehidupan yang baru ini, ini menjadikan diri yang lemah ini lebih tersusun. Cuma kini perlu dicari ruang dan peluang untuk menabur bakti, idea dan keringat untuk dimanfaat ummat. Kesibukan jadual ini mungkin akan menyebabkan diri ini tidak berpeluang untuk mengikuti sebarang kursus ataupun seminar yang mengambil masa lebih dari 1 hari.

Syukur alhamdulillah masih mempunyai "contact" dengan mereka yang berada di Pulau Pinang. Sering kali gambar di FB di tag, khidmat pesanan ringkas dihantar tentang program yang mereka jalankan. Allah. Ingin saja diri ini untuk sama membantu. Namun tak berdaya. Mungkin ia satu signal untuk kita membantu mereka yang dekat, hampir dengan kita.

Nilai Keimanan Diri Sendiri 

Setiap kali datangnya "tawaran"seperti itu, pastinya membuatkan hati rasa gelisah untuk menjawab.Saya masih ingat lagi tatkala tawaran yang pertama dimaklumkan. Hati rasa berdebar. Denyutan jantung berdegup laju. Kadang kala berfikir, apakah diri yang penuh kekurangan ini sudah bersedia untuk melengkapkan separuh dari agama ini?

 Sehinggakan, terasa kerdil diri ini untuk menerima tawaran yang besar ini. Orang boleh kata saya terlalu memilih dan sebagainya. Namun bagi saya, cukuplah dengan apa yang ada. Selagi mampu untuk berjuang, mempertahankan diri, mempersiapkan diri sebaiknya, diri ini akan terus cuba. Dan terus berusaha. Hasratnya memang tidak terlalu fokus kepada perkara ini, namun biarlah perkara yang bersangkut paut dengan ini disertakan dengan perancangan dan tawakkal.

Perlahan-lahan kita cuba untuk terbang
Terbang tinggi di langit biru
Andai kembali jatuh setelah berjuang
Kita tak akan pernah sesal kerana pernah cuba untuk terbang


Belajarlah dari burung helang. Bagaimana burung helang mengajar anaknya untuk terbang. Dibawanya ke tempat tinggi , kemudian dilepaskan anaknya. Kemudian anaknya akan perlahan-lahan cuba untuk terbang tinggi. Hebatnya tawakkal burung helang kepada Sang Pencipta.


Kuatkan ibadah malam.Berdialoglah dengan tuhanmu, Wahai Yang Terpuji dan lebih mulia agama.
Bangun malamlah untuk membina mahligai di syurga, wahai  Yang Terpuji dan lebih mulia agama.
Tingkatkanlah tawakkal mu kepada tuhanmu, wahai Yang Terpuji dan lebih mulia agama.


Selagi mampu berusaha, berusahalah sehabis daya. Fikir yang positif.InsyaAllah hadir kembali kepada kita yang positif.

  
Dan bagi diri yang hina ini, hanya mengharapkan agar ilmu yang dikongsikan dapat membantu dan membentuk diri insan supaya lebih berjaya di masa depan. Semoga mereka mampu menggembirakan hati kedua orang tua masing-masing.  

No comments:

Post a Comment