Sunday, February 3, 2013

Day 5 - Tamu Gaya Street, Simpang Mengayau, Rumah Panjang, Signal Hill

Assalamualaikum semua.

 hari ni hari ahad. Jadi, selepas sarapan, kami ke Tamu Gaya @ Gaya Street. Kat sini macam-macam benda jual .Dari makanan, haiwan, key chain, alat permainan, semua ada.Kalau beli keychain kat sini, carilah yang 8 keychain RM 10. Kalau jumpa 6 RM10 dengan 7 RM10, jalan lagi. panjang tamu ni, kami pun pergi separuh jalan je.


 Kemudian, kami menuju ke Simpang Mengayau, Kudat. Lokasi paling hujung benua Borneo. Ala-ala Tanjung Piai la, tapi kat sini view lagi nice. Kalau siapa-siapa yang pandai setting DSLR tu, eloklah mai sini. Cuma perjalanan ke sini dari KK amatlah jauh. Sekitar 3- 3jam 30 minit. Tapi untuk pemandangan yang lawa dan menarik ni, tak jadi masalah rasanya.



ada restoran juga kat sini. Hargapun lebih kurang. Bajet-bajetlah sendiri.
Mee goreng ayam + Kopi Panas = RM 8

Dalam perjalanan pulang, kami menuju ke Rumah Panjang Maranjak. ada signboard dia dari jalan utama.

Yuran masuk= RM 3.

OK lah tu. Sekali sekala merasa masuk rumah panjang.






 Hari ke 6 , kami penuhi dengan berjalan-jalan membeli belah di KK. Pergi Pasar Kraftangan, Pasar Filipina, Suria Sabah. malamnya kami sempat buat BBQ di taman awam Tanjung Likas.
Selain dari Gaya Street, Pasar Filipina, di Kg Air pun ada pasar untuk membeli cenderamata. Jadi,buatlah pilihan yang bijak. =)


Hari ke 7, kemas-kemas barang dan sebelah petangnya pulang ke JB.



Jumlah semua perbelanjaan,boleh saya bundarkan kepada hampir RM900. kalau tak termasuk panjat gunung, RM 850 sahajalah. Tapi kira ok la kan.macam-macam dapat. BBQ apa semua. Apa-apapun, berbanyak terima kasih kepada guide kami @ member kami, Ihsan dan Stanley atas kemudahan transport dan tempat tinggal . Nice trip !




1 comment: