Sunday, January 6, 2013

Begin With The End of Mind

Assalamualaikum semua.


Begin With The End of Mind.

Kata-kata ini saya sering dengar dan baca melalui tulisan-tulisan mereka yang hebat seperti Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com, Ustaz Pahrol Juoi dan juga melalui siri motivasi yang pernah saya hadiri. Kata-kata ini cukup mempunyai maksud yang mendalam. Dan untuk lebih memahaminya, boleh saya gambarkan ianya sebagai satu proses melakukan sesuatu dengan mengambil kira kesan akhirnya. (Muhammad Afdhaluddin, 2012).






Dalam kehidupan kita, untuk lebih mudah, saya gambarkan sebagai bagaimana kita mengenal pasti matlamat sebenar hidup kita. Ya, kita sedar bahawa kita ini tak seberapa, ilmu tidak cukup, namun satu perkara yang pasti -  biarlah matlamat kita tetap satu; kerana Allah Taala.

Cuba kita ambil masa seketika untuk merancang perjalanan hidup kita ini. Mulakan dari akhir sekali, kemudian kita pecah-pecahkan kepada bagaimana caranya untuk mencapai ke arah tersebut. Di sinilah sebenarnya kita akan diuji dengan apa yang kita percaya.

Saya sendiri pernah mencuba melakukan peta minda sebegini, dengan harapan boleh membantu perancangan hidup kita; termasuklah soal wang ringgit, gaji, wang rumah, urusan perkahwinan dan sebagainya. Namun, saya rasa menjelang 2013 ini, perancangan tersebut perlu diteliti semula.

Merancang Yang Terbaik 

 Sering kita melihat bahawa baik itu adalah satu keadaan yang sangat jauh dari kita. Kadangkala kita terasa dekat, dan kadangkala kita terasa jauh semula. Allah, lemahnya kita ini. Kadangkala, kita berasa kitalah punca orang lain jauh dariNya.

Baca ini

Kisah di atas cukup menarik. Bagaimana kita membezakan antara kata perlu dan juga perasaan.

"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

kata-kata ini seolah-olahnya berpatah balik kepada tuan yang menulis ( sayalah ! ). Bersediakah saya menjadi lelaki sedemikian ?  
Perkara ini seolah-olah kembali berkaitan dengan apa yang saya tulis berkenaan perkongsian yang saya perolehi dari saudara Hilal Asyraf.

Saya tidak ada niat untuk menyibukkan diri  dengan fenomena artikel "mencari tulang rusuk", " mencari imam dan makmum" dan sebagainya. Cuma saya fokus kepada pentingnya usaha untuk terus memperbaiki diri. Saya, anda, kita semua. Sama-sama menyiapkan diri berada dalam kelas A sebelum berubah status.

Koreksi Diri. Muhasabah Diri. Banyakkan berpuasa sunat. Tahun persediaan. Maka, banyak perkara perlu disediakan. Ilmu, keberanian, kewangan, emosi dan juga spiritual harus benar-benar mantap. Bukannya saya mahu menyusahkan orang lain, tetapi paling tidak ia adalah KPI kepada diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment