Friday, September 23, 2011

Separuh Jiwaku Pergi.......


Assalamualaikum semua. sebelum teruskan membaca, minta untuk klik dulu iklan di bawah ^_^ terima kasih


resah.
gelisah.
saat-saat nak update blog bagi menceritakan kisah dari raya hingga ke MTM hinggalah ke jamuan raya kawan-kawan, semua perasaan dan keinginan itu punah.

hampa.

Mujur bait-bait dari ummiku sayang menyedarkanku.

"
kalau barang hilang,dah usaha carik,redhalah.Allah gantikan yang lebih baik

 berjalan ke hulu ke hilir macam orang hilang tujuan.

suram muram.sedih bukan kerana mahal atau kualitinya,tetapi sedih kerana ia banyak berbakti dalam membantu memudahkan tugas,baik sebagai ahli MPM,JKM,mahupun sebagai seorang muslim.


Jasanya yang banyak dalam membantu mencoret kenangan bersama masyarakat Islam di Thailand,masyarakat yang memanfaatkan apa yang ada di sekeliling mereka di Indonesia, dan juga manfaatnya ketika Minggu Transformasi Mahasiswa dalam mengetengahkan isu.


"semua yang ada Allah yang punya
tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja."




bait-bait lirik lagu Rabbani kembali bermain di kotak fikiran,
isyarat Tuhan agar hambaNya merelakan pemergian.

Aku tidak mencintakannya kerana dunia,
tapi aku mencintainya kerana jasanya dalam merakam beberapa suasana di dunia ini.



kenangan bersama anak-anak kecil di Taman Pendidikan Al Quran



 










kesusahan mereka lebih teruk dari kesusahan kita.


aku mencintainya kerana jasanya membantu Islam
aku mencintainya kerana setiap gambar yang terhasil itu seolah-olah menyampaikan mesej yang berguna untuk semua.
tidak untuk meratapi,tetapi menghargai jasanya.


Hilang tak berjumpa.
Pergi tanpa pesan.


antara gambar- gambar terakhir sebelum pemergiannya.





















redha dan ikhlas.
bajet untuk beli basikal nampaknya kena hold dulu lah macam ni...
sekarang memang pergi mana-mana kalau tak naik bas,jalan kaki sahaja.
Tapak Festival konvokesyen ke SUB = 10 minit
Tapak Festival Konvokesyen ke K10 = 15 minit
K10 ke SUB = 15minit
FKM ke Makmal Aero : 6 -7 minit.


tak la jauh sangat...

inilah peringatan Tuhan.
Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan ?
Allahurabbi. aku mohon pengampunan darimu.














No comments:

Post a Comment