Sunday, August 14, 2011
Perkahwinan Gay di Malaysia ? Cegah Sebelum Parah
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.
"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini.
"Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.
"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Pelbagai perkara,ujian dihadapi umat Islam di Malaysia kini. Dan pastinya, jika dilihat dari sudut hikmah, pastinya ada pencerahan di setiap apa yang berlaku. Pastinya ada sebab mengapa ujian ini diutuskan oleh Allah kepada kita, tidak lain dan tidak bukan ianya merupakan panggilan rindu seorang Tuhan kepada hambaNya. Panggilan yang menuntut untuk kita kembali menyemak keutuhan undang-undang kita. Saya tidak kata undang-undang kita ini terlalu longgar, namun ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi mencegah beberapa perkara yang mungkin tidak diingini itu berlaku.
Dan apakah panggilan ini juga menuntut kita semua bersatu dalam kesatuan akidah yang hebat dan kuat ? Moga tindakan pantas dapat diambil. Dari pengamatan saya sendiri, isu hubungan sejenis ini sudah terang-terangan dilaknat Allah, namun persoalannya, bagaimanakah kita ingin menanganinya ? adakah secara keras ?
Pandangan saya seorang hamba yang hina ini, kita perlulah menilai,mengevaluasi diri kembali, apakah sebenarnya punca kepada permasalahan ini ? Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi lebih mencari jalan keluar dari perkara ini. Saya sendiri pernah membuat kajian mengenai isu gay ini dan boleh dikatakan antaranya ialah faktor kewangan,rakan sebaya dan ingin mencari kepuasan.InsyaAllah saya cuba dapatkan hasil kajian saya itu.
Andai Rasulullah berada di zaman ini,apakah perasaan baginda apabila mengetahui perkara ini ? Sama-sama fikirkan. Law Kana Bainana ya habibi ya muhammad.....
klik di sini untuk membacanya keratan akhbar tersebut..
Labels:
coretan akal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment