Namun, adakah kita sebenarnya tahu apakah antara hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Atau, kita sekadar mendengar di tv, di ceramah-ceramah agama sahaja tanpa mendalami sebenar-benarnya erti dan hikmah Lailatulqadr ini?
Secara umumnya Lailatulqadr adalah antara kemuncak segala amalan yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan. Disebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan adalah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.
Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"
Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai memberi keampunan, maka ampunilah daku!"
Hal ini dapat merumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ini ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah S.W.T? Inilah jawapannya melalui sabda Rasulullah S.A.W:-
No comments:
Post a Comment