Thursday, March 17, 2011

YB- Yang Berkhidmat, Bukan Yang Berhormat

Sudah masuk minggu ketiga bergelar Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2010-2011. Dalam menangani beberapa isu di fakulti, ada beberapa tindakan sudah diambil bagi memudahkan gerak kerja sepanjang sepenggal :

- Membuat Borang Aduan MPM Online
-Mendapatkan senarai nama persatuan dan perancangan tahunan setiap persatuan akademik
-Berjumpa dengan semua Ketua Fakulti untuk mendapat makluman pergerakan mereka.Alhamdulillah, 70% Ketua Ketua Fakulti sudahpun mula berkhidmat dengan baik .
- Membuat perancangan tahunan dalam mewujudkan sinergi antara persatuan

sementara itu, bagi tugas-tugas am sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa pula :

- Menyalurkan pandangan dan idea dan rasa kurang senang tentang program-program yang bertentangan dengan budaya ilmu yang dicanangkan  oleh NC kita.
- Menghadiri Taklimat "Biding System"
- Menyokong usaha pihak universiti dalam menjadikan Hari Isnin Sebagai Hari Kitar Semula dan berharap agar MPM menjadi daya inspirasi kepada persatuan-persatuan lain untuk menyokong program ini.
- Menerima aduan-aduan umum tentang perkara di universiti
- Berkunjung ke UTMIC untuk berjumpa dengan beberapa mahasiswa bagi 3M- Menyelami Minda Mahasiswa


Secara keseluruhan,kehadiran kami semua adalah saling lengkap melengkapi.Dan perbincangan yang pertama, membuahkan pelbagai idea untuk bergerak dan bertindak. Maka, saya boleh katakan, bahawa perkara atau idea pertama yang saya bawakan, iaitu " Action Oriented- Pemimpin Itu Banyak Kerja,bukan banyak bicara" sudah mula menampakkan bibit-bibit permulaan.


Begitu juga dalam perkara kedua- Force of Inspire. Ianya masih di dalam pergerakan untuk menjadi inspirasi kepada persatuan-persatuan lain. Sebagai contoh dalam menyelesaikan sesuatu isu, kita sama sekali menyertakan resolusi atau cadangan untuk memperbaiki keadaan yang kurang baik tersebut.

Dalam aspek ketiga, Disiplin, dalam setiap aspek atau kegagalan mahupun kekurangan,marilah kita bersama-sama kembali muhasabah di atas setiap perkara. Malah,di sebalik setiap permasalahan itu membuatkan mahasiswa kembali untuk mencari rujukan-rujukan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika kita menghadapi percanggahan idea mahupun pendapat, maka hadirkanlah sama bukti-bukti dan hujah-hujah.

Perkara keempat, Humanity ,dalam melahirkan mahasiswa yang cakna kepada isu-isu kemasyarakatan baik di dalam kampus,nasional dan internasional, saya mendapati mahasiswa UTM semakin peka. Namun, saya memerlukan satu kajian terperinci untuk membenarkan pendapat saya ini dan akan saya usahakan secepat mungkin.

Perkara ke 5- Akademik dan Amal Dikuasai. Perkara ini juga masih dalam proses perincian dalam bentuk tindakan.


Perkara ke 6 - Luaskan Jaringan. Saya melihat peri pentingnya peranan Unit Kaunseling dan Kerjaya untuk memperkasakan peranan mereka dalam menyertakan jaringan-jaringan untuk meningkatkan prospek kerjaya mahasiswa UTM. Dalam membentuk program yang bersepadu, saya melihat besarnya peranan JKM, Ketua-Ketua Fakulti dan MPM sendiri dalam merealisasikan program-program seperti ini.


Saya berharap agar saya mampu menulis dengan lebih kerap dan bercadang untuk menghasilkan satu buletin khas untuk saya, kepada mahasiswa untuk pengetahuan mahasiswa tentang apa saya dan MPM telah lakukan. (^_^)

Dan setiap hari saya pastinya belajar tentang banyak perkara. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menggunakan facebook dan ramai sahabat-sahabat saya selalu meng'tag' ( maaf DBP) saya dengan artikel, "wall post" tentang kepimpinan. Malah, saya cukup risau sekiranya amanah yang berat ini saya tidak sempurnakan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment