Monday, March 7, 2011

Usaha Kearah Pelestarian Kampus - MPM antara yang terawal ke Pusat Kitar Semula


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah terbaca pengumuman ni, Monday is A Recycle Day , saya mendapat satu idea semasa gotong royong MPM semalam. Dari kita buang, baik kita kitar semula. Ya, niat perlu betul.

1. Niat kerana Allah untuk manusia. Kita meminjam alam ini dari anak-anak keturunan kita pada masa akan datang. Maka,perlulah kita memastikan alam ini terjaga dari pencemaran dan sampah sarap yang bertimbun.

2. Memanfaatkan peluang yang ada. Perjalanan seribu langkah, bermula dengan 1 tapak. Moga-moga setapak yang kecil ini dapat memberi inspirasi kepada mahasiswa, unit-unit lain, pejabat-pejabat lain untuk turut sama menyokong program ini.






hasil khazanah 10 tahun di pejabat MPM.


ada lagi...

pakcik ni tak makan lagi.sebab nak jaga tempat ni.
kesian pak cik (^_^)



banyak sangat,sampai terjatuh kertas-kertas ni.


tak banyak,tapi cukuplah kan. (^_^)
untuk makluman,tidaklah semua kami kitar semula. Ada kertas-kertas yang penting kami simpan untuk dijadikan rujukan. Kami amat menghargai titik peluh MPM-MPM yang lepas, malah kami faham pendokumentasian itu amat penting.

Maka, bagi mahasiswa atau calon-calon PRK yang lepas, yang tak tahu nak buat apa dengan poster banyak-banyak, pergilah kitar semula. Niat untuk menjaga keindahan alam kerana Allah (^_^)

p:s/ saya amat berharap agar konsert The Times, rumah hantu itu tidak diadakan semasa Karnival Kuda di UTM. Menunggang kuda itu sunnah, dan menghidupkan acara berkuda itu boleh juga dikatakan menghidupkan sunnah. Tapi bila diselangi dengan aktiviti mungkar, maka hilanglah pahala sunnah itu.



Muhamamd Afdhaluddin Mohd Yusof,
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2011


No comments:

Post a Comment