Thursday, January 31, 2013

Mendaki Gunung Kinabalu Part 1

Assalamualaikum semua.

Ini merupakan kali kedua saya berada di sana.untuk kali ini,memandangkan tema ala-ala backpackers,jadi kami dari KK dalam pukul 5 pagi terus bergerak ke Kinabalu Park.


Persiapan untuk mendaki ni, bagi saya yang utama ialah fizikal dan mental.
1) Seminggu sebelum mendaki, banyakkan berjogging. Buatlah dalam sehari tu 5-6km. Pastikan track yang anda pilih ada turun naik bukit.baru betul-betul macam suasana mendaki.

2) Pastinya duit.wang paling kurang RM400. RM347 untuk tempat tinggal dan makan 5kali.RM 37.50 seorang untuk upah guide. ok la tu kan? berbaloi rasanya.makan buffet di Laban Rata

3) kelengkapan - Beg saiz kecil, baju hujan, air mineral, makanan coklat ( choki-choki, energy bar), kamera, head-lamp, penutup muka mcam orang potong rumput tu, sunblock, minyak panas, topi,, stokin bawak la 2-3 pasang, sarung tangan,baju sejuk dan pakaian yang sesuai.jangan lupa kasut. Pastikan tapak kasut masih lagi dalam keadaan ok.
 Jangan lupa untuk knee guard dan ankle guard. Paling tidak ia membantu anda nanti =)

Untuk stokin dan sarung tangan serta pakaian ni,bergantung pada tahap ketahanan sejuk badan anda. Macam saya memang jenis tak tahan. Jadi saya bawak 2 jacket, 2baju ( 1 long sleeve 1 t shirt), stokin 2 pasang.


4) mental. mental memang kena kuat. untuk yang sampai ke laban rata tu, saya tak berapa risau. cuma untuk yang dari Laban Rata ke Puncak, memang kena kuat mental. Tidak mengapa, nanti saya kongsikan di bawah.


 Kami solat di Masjid Terapung. Sempat solat berjemaah. Kemudian terus ke pekan Tuaran, tempat untuk sarapan.
Sebelum mula mendaki, pastikan anda mengambil sarapan. Sarapan sangat penting. Beri tenaga untuk para pendaki.


 pagi itu, saya makan kuey tiaw + telur + air kopi. Jumlah RM 3.20

makan dalam masa 20 minit,tepat jam 7.00 pagi kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taman Kinabalu. Perjalanan kami menggunakan kenderaan kawan kami, jadi tak terasa sangat kosnya. tapi kami anggarkan 1 hari RM10 untuk kos pengangkutan.

Dalam perjalanan, kami sempat melihat kabus yang masih lagi terbentuk di sepanjang perjalanan. Memandangkan kami masih ada lagi 1 jam sebelum mendaftar (9.30 pagi),jadi kami mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Pekan Nabalu.


pemandangan yang cukup cantik.subhanallah.

Setelah bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Taman Kinabalu. Kami sampai sekitar jam 9.15 pagi.


Kemudian, saya dan pengarah program, Stanley pergi untuk menguruskan pembayaran upah guide. kadar upah bergantung kepada berapa jumlah peserta. Untuk 4 orang pendaki, upahnya adalah RM150.Nak masuk ke Taman Kinabalu ni, seorang RM 3. Dalam Taman Kinabalu ni, ada beberapa trek untuk jungle tracking, lokasi untuk ambil gambar berlatarbelakangkan  Gunung Kinabalu.

Total untuk sekarang;
RM 347 + RM 3 + RM 37.50 = RM 387.50


Bagi yang mendaki penuh, boleh ambil paket sarapan di Restoran di bawah. Dalam paket tu, ada sandwich 3,pisang dan air mineral 1 botol.

* Seelok-eloknya sebelum mendaki, pergilah selesaikan urusan penting di tandas dulu. senang nanti.
* jangan lupa untuk lakukan regangan untuk pastikan otot-otot tidak terkejut.

Kemudian , sahabat kami Ihsan menghantar kami - Saya, stan, Rafhan @ Abe dan Shamil ke Timpohon Gate - lokasi di mana pendakian akan bermula. Kami diberi penerangan awal oleh guide kami. Sementara kawan-kawan kami yang lain, akan hanya mendaki sehingga 4km sahaja- Pondok Layang Layang.

Tepat jam 9.45 pagi, kami memulakan pendakian. Purata pendakian kami pada awalnya adalah 1km bersamaan 20 minit. Namun,apabila badan mula penat, ia menjadi 1km 30 minit. Ditambah dengan berehat di beberapa pondok.

Tandas ada disediakan di hampir semua pondok. Begitu juga jika air yang anda bawa habis, boleh diisi semula dengan air paip yang ada. Air paip ni segar dari gunung. Tapi terpulang nak minum ke tidak. =)

*Kalau anda rasa kehabisan tenaga,makanlah sedikit coklat, pisang, ataupun minum air.penting tu !

Setelah tiba di Layang-Layang ( 4km), kami berehat sebentar untuk makan. Kemudian, setelah berehat hampir 20 minit  dengan harapan untuk menunggu kumpulan satu lagi di tiba Layang-Layang namun tidak muncul jua, kami meneruskan pendakian. Ternyata setelah 4km pemandangannya cukup menarik.



Gambar diambil sekitar trail dari 4km- 5km.


Apabila anda mendaki lagi tinggi, anda akan melihat indahnya ciptaan Allah dengan lebih banyak. Hanya zikir dan tasbih sahaja yang mampu dilafazkan melihat kebesaran Allah.



Tepat jam 2.30 petang, saya tiba di Laban Rata. Yang pertama sampai ialah Stanley.

pemandangan di atas awan. Subhanallah. Inilah pakaian yang bagi saya sesuai untuk sesi pertama. Lupakanlah nak pakai baju sejuk waktu mendaki sesi pertama ini, sebab sejuknya tiadalah sejuk sangat.
Kebiasaannya perjalanan lebih kurang 5 jam 30minit -  6 jam. Kemudian, kami berehat sementara menunggu waktu makan malam pada jam 4.30 petang.

Waktu ni ,makan la puas-puas.bayar dah mahal kan,jadi jangan lepaskan peluang macam ni. Apa yang ada makan sahaja.

Setelah makan, kami menuju ke bilik kami di Gunting Lagadan Hut. Kira-kira 170 meter lagi ke atas. Setelah solat jama' taakhir, kami keluar dari pondok untuk melihat pemandangan matahari terbenam.



Setelah masuk waktu maghrib,kami solat jama' taqdim kemudian tidur untuk berehatkan badan.Jangan risau, di gunting lagadan ni ada anak panah kiblat. Sejadah? guna je selimut. Islam kan mudah ? =)


8 comments:

  1. Subhanallah cantiknyaaaaaa! Aku nak sangat daki Gunung Kinabalu. Asyik panjat broga je. Nak gunung pulak. Sumpah jelous dengan kau! Haha. Ko pergi under apa ni?

    ReplyDelete
  2. pegi sendiri-sendiri je Azu. ada member dok sana, senang sikit nak gerak .ada transport je,ok bah gi mana2.

    ReplyDelete
  3. subhanallah...pemandangan yg cantik! terasa kerdil sangat kite ni sebagai makhlukNYA. info yg dikongsi sangat berguna. thanks!

    ReplyDelete
  4. boleh tak share skit bagaimana process utk booking smua skli(mkn/tmpt tggl)detail all budget di sana? 400 tu termasuk permit,sjil n insuran tak? please emel me at a_dzar@yahoo.com
    sgt tertarik.sbb kalo pegi under pakej mmg mahal.btw,sy mmg tggl di kk skrg.sy asal selangor.

    ReplyDelete
  5. eemm.. kita punya minat yg sama... InsyaALLAH ujung tahun nie wa panjat utk kesekian kalinya... this time, wa gi ngan 9 org.. 5 dr KL & 4 dr perlis.. doakan smuanya selamat... klau nak tgk wa pnya pengalaman & gambo bleh la ziarah www.budakgunungganang.blogspot.com... salam gunung dari wa... adiosss..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Sy dan team bakal mendaki bulan 8 ni In syaa allah. Sy jadi team leader. Semua kiteorg buat sendiri. Doakan semua berjalan lancar sampai ke hari kejadian ye~ ^_^

    ReplyDelete
  7. assalam, mudah2an semuanya berjalan lancer hanna farah. akak juga akan mendaki mac 2015, skrg ni dah start riki2 pakej. Thn lepas bulan 10 ikut timpohon, this time nak ikut mesilau, dgr nya view dr mesilau cantik.

    ReplyDelete
  8. Salam...mcm mn nk book yer...sbb sy direct dgn ssl pun dah 600++...boleh share tak?

    ReplyDelete