Wednesday, August 3, 2011

Sejuta Cinta di Jogja...

jauh perjalanan luas pemandangan.tambah pengalaman.

itulah yang dapat diungkapkan sepanjang mengikuti program International Service Learning di Yogyakarta, Indonesia. Program anjuran Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM ini bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana pelaksanaan Kuliah Kerja Nyata (KKN) oleh mahasiswa Universitas Gadjah Mada (UGM) selama 2bulan,sedangkan kami ke sana hanya 10 hari.

Banyak pengalaman -pengalaman yang pastinya membuatkan saya mengagumi adat budaya masyarakat Jogja yang hampir keseluruhannya ialah masyarakat Jawa. Bersederhana, dan nilai ini juga merupakan nilai yang diterapkan dalam mahasiswa UGM sendiri, seperti yang dimaklumkan oleh Dr Irkham,salah seorang tulang belakang di LPPM-UGM.

KKN mempunyai nilai-nilai tersendiri. Malah,cara mereka berhubung dan berbakti bersama masyarakat juga berbeza dengan suasana khidmat bakti di Malaysia. Jika kita melihat di Malaysia di mana mahasiswa bekerja untuk masyarakat, tetapi di sana mahasiswa bekerja bersama masyarakat. Mahasiswa hanya membantu dari segi aspek pengurusan sahaja, dan keputusannya ditentukan oleh masyarakat sendiri. Pengalaman selama 10 hari di sana,di samping menyertai pelbagai pertemuan atau dikenali dengan istilah 'rapat' bersama organisasi penting dalam kampung di sana, membuatkan hati saya tertarik untuk cuba mempraktikkannya di Malaysia.

Organisasi yang melibatkan kaum-kaum bapa dikenali sebagai pertemuan RT-RT (rukun tetangga),manakala untuk pemuda dan pemudi ialah Karang Taruna. Untuk kaum ibu pula ialah PKK. Kepedulian, kesetiaan kepada organisasi dan arahan ketua mereka membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa masyarakat amat mendokong organisasi yang bergerak di kampung ini. Malah,pendataan mereka khususnya kaum ibu dan karang taruna juga cukup baik.

KKN juga mempunyai beberapa tema dan tema itulah yang akan menentukan program-program yang diatur oleh mahasiswa untuk masyarakat di sana. tetapi bagi saya tema yang menarik sekali ialah mengenai POSDAYA, iaitu program pemberdayaan keluarga secara berdikari, di mana mereka akan mengusahakan dan memanfaatkan apa yang ada di sekeliling serta kemahiran yang ada untuk digunakan sebagai penambah kepada kegiatan ekonomi mereka.

Selama 10 hari,saya sempat untuk mengikuti pelbagai program seperti PAUD, Kerajinan Bambu (buluh), bacaan yassin dan banyak lagi.

Program Usia Anak Dini (PAUD)
Program ini diadakan di Playgroup,kalau di Malaysia di Tadika. Pelbagai pengisian,baik untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, dan atas 3 tahun. Program ini menunjukkan bahawa aspek pendidikan tetap diutamakan dan dimulai sejak dari anak-anak kecil lagi. Sering kali kita terlepas aspek pendidikan ini khususnya dari usia kecil lagi. Untuk program di Playgroup, bukan tugas mahasiswa untuk mengecat taman permainan dalam kawasan tadika, tetapi sebaliknya menghasilkan atau mengetengahkan permainan edukatif bagi menarik minat anak-anak kecil untuk belajar. Malah,mahasiswa turut membantu bu guru di tadika dalam mengawal anak-anak kecil di sana.




Rapat Bersama Karang Taruna,PKK dan RT-RT






Nilai-nilai yang baik dapat dilihat dalam struktur organisasi di kampung - kampung. Malah,setiap perkara dibincangkan semasa pertemuan berikut. Maka,tidak mustahillah apabila setiap perkara yang dilakukan,begitu mudah sekali.Perpaduan,teras kejayaan, di Malaysia saya dengar,tetapi di Indonesia saya melihat keberkesanannya. Malah,saya sendiri melihat dan turut sama menyertai kegiatan masyarakat untuk menyiapkan empangan yang mengalirkan air bersih ke kawasan rumah mereka.




Taman Pendidikan Al Quran (TPA)



Program ini merangkumi pelbagai kegiatan keagamaan, bukan sahaja tertumpu kepada membaca al-quran,malah turut dimuatkan dengan penyampaian tentang hal-hal yang lain. Malah, program ini berjaya menarik minat anak-anak kecil ini dengan belajar menyanyi sambil menghafal perkara-perkara seperti 25 rasul ,tepuk anak soleh dan banyak lagi. Anak-anak kecil ini turut mesra bersama mahasiswa,dan dengan menjadikan hiburan sebagai pendidikan,saya melihat itu merupakan kunci utama anak-anak kecil ini begitu teruja dan bersemangat. Malah,walaupun usia mereka masih kecil,namun kelancaran mereka membaca al-quran cukup membanggakan .

Malah,masyarakat di sana turut memberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk anak-anak kecil ini berkecimpung dalam perkara keagamaan. Anak-anak kecil ini yang melaungkan azan,kemudian mereka sendiri yang membaca selawat, dengan menggunakan mikrofon. Bagi saya sendiri,pengalaman sedemikian hanya boleh dan selalu dilihat di sekolah asrama,jarang sekali berlaku di kampung-kampung dan taman-taman.

banyak lagi kenangan dan pengajaran di sana. ya, sejuta cinta di jogja itu seolah-olah memang benar menguasai diri ini......

No comments:

Post a Comment