Tuesday, August 30, 2011

Perutusan Khas Idul Fitri dan Merdeka

Assalamualaikum semua. sebelum teruskan membaca, minta untuk klik dulu iklan di bawah ^_^ terima kasih





Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walilalahilhamd
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walilalahilhamd
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walilalahilhamd

awalnya saya tidak mahu meraikan Idul Fitri . kerana terpaksa berpisah dengan ramadhan. Satu mesej raya pun saya tak balas.Lagu raya tak nak dengar. Alhamdulillah, Allah ilhamkan saya untuk mendengar satu tazkirah yang mengatakan Allah tidak mahu umatnya bersedih di dalam syawal ini kerana syawal ialah bulan kemenangan.Maka saya terus ke blog untuk menaip.

Segala puji dan syukur bersama kita panjatkan kepada Allah kerana masih mengizinkan kita untuk berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam. Namun, ia pastinya amat beruntung untuk kita andai kita benar-benar berjaya menjulang 'piala ketaqwaan' sepanjang tempoh ujian di bulan ramadhan.

Jangan dipuji kalau tak diuji,
jangan dipuja kalau belum dicuba.

Begitulah iman kita. Pastinya tidak layak kita meraikan kemenangan ini andai ujian yang kita lalui sepanjang ramadhan lalu gagal kita lalui. Puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga,tetapi mata melihat seluruh benda, bangun solat malam bertukar menjadi kelam dan banyak lagi.

Dan satu lagi yang harus kita ingat, berdoalah agar kita dipertemukan semula dengan ramadhan. Sedih dengan pemergian ramadhan,menyambut syawal dengan kesederhanan. Malah, bagi penduduk Malaysia, Idul Fitri tahun ini awal sehari dengan hari kemerdekaan.

Maka marilah kita menyelami erti kemerdekaan yang sebenar. Apakah kita telah benar-benar merdeka khususnya dari aspek pemikiran ? Bersama kita menjalankan transformasi minda kita agar kembali di atas jalan yang benar, keep on track friend !


Disebalik kita menyelami susah senang pejuang -pejuang kemerdekaan, jangan lupa untuk bermuhasabah diri dan berfikir bagaimana keadaan Malaysia 10 tahun lagi jika melihat gelagat anak muda kini yang semakin hilang arah.

kerana Andai ini ramadhan terakhir anda, apakah anda sudah bersiap sedia ............

dan memandangkan kita berada di penghujung ramadhan, saya memohon maaf atas segala tulisan,percakapan dan perbuatan saya andai pernah berbekas di hati. InsyaAllah, anda semua langsung tidak mempunyai apa-apa kesalahan dengan saya.

untuk Idul Fitri, mandi sunat syawal, perbanyakkan tahmid,tasbih,takbir, puasa sunat syawal,ziarah menziarahi.
Untuk Merdeka, kenang semula faktor kejatuhan Melaka. Belajar dari sejarah.saya cukup sedih apabila di Malaysia ini bulan ramadhannya penuh dengan isu saman menyaman, bunuh,kelar dan banyak lagi. Apakah cukup besar politik itu sehingga ibadah di bulan ramadhan terpaksa digadaikan? Melihat keadaan ini,tak mustahil golongan muda khususnya akan tidak keluar mengundi pada PRU 13 kerana muak dengan isu berbalah yang tidak kesudahan.

Salam Perpisahan Ramadhan, Salam Syawal 1 kemenangan, Salam Kemerdekaan bersama kita jalinkan dengan iman.
taqabalallahu minna wa minkum
, Semoga Allah menerima Amalan kamu dan saya.Kembalilah kepada fitrah.


Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof
Hamba Allah yang diberi amanah sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2011

No comments:

Post a Comment