Thursday, June 23, 2011

Ekspidisi ke Pulau Tioman- Destinasi Bajet yang terbaik! ESTIJA PART 1










Program selama 3 hari bermula 1-3 Jun 2011 cukup mencabar. Bertolak dari UTM pada jam 4 pagi, melalui jalan yang gelap dan seperti ular,cukup mencabar,tapi tak memandu pun, cuma duduk di sebelah pemandu sahaja.

disebabkan ramai yang sibuk,maka tak ramailah yang dapat join.

Disebabkan kami terlewat,maka kami terpaksa menaiki feri pada jam 9.30 pagi. Maka,kami memulakan aktiviti dengan bersarapan di tepian ombak pantai Mersing, sambil menikmati cahaya matahari yang mula menerjah kecerahan ruang angkasa.

Sebaik tiba di Pulau Tioman,masyaAllah indahnya melihat ikan-ikan berenang renang di dalam laut. Berjalan dalam 10 minit, kemudian kami tibalah ke tapak perkhemahan. Mulalah aktiviti survivor kami. Menu di sana hanyalah maggi,nasi himpit,roti.malam-malam cari aiskrim sampai kena berjalan 2 jam pergi balik.

Aktiviti yang kami jalankan di sana- snorkelling 3 jam,main bola tampar pantai,mendaki gunung,mandi air terjun dan banyak lagi.lebih-lebih,tengok gambar je lah.Solat,mandi,memasak tu,memang perkara wajiblah.

di sana juga kami jumpa bengkel untuk membuat batik sendiri.





cukup menenangkan,apabila melihat tenangya ikan-ikan berebut-rebut makanan dari kami,mendengar alunan ombak yang mengasyikkan,membuatkan hati kami terpaut pada tioman.Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Jumlah bajet tak mencecah RM200.siapa-siapa yang nak buat destinasi bajet,bolehla calling Elias. ^_^

ESTIJA- bukan sekadar Berjalan

Esoknya,kami mendaki bukit.sebab memang tak sangka nak daki bukit dengan banyak anak tangga macam Batu Caves, makanya banyaklah berhenti berehat.Sampai kat tempat yang dituju,minum-minum air sungai, masak untuk makan tengahari.memang macam rancangan 'survivor ' lah.

Turun-turun,pekena Ais kacang sat. Tapi kami cuba untuk mencari perbezaan antara Ais Kacang dengan ABC, tapi tak jumpa ABC kat sana. Petang tu,kami jalan ke bahagian yang lain,mencari-cari nasi goreng tioman.Alhamdulillah jumpa. Spesial nya Nasi Goreng Tioman ni,sebab kat dalam dia ada letak pisang. Dah makan,perut pun kenyang,jalan-jalan ke jeti. Untung masa tu ada juga keluarga lain yang datang ke sana,sambil bawa lampu suluh. Dapatlah kami tumpang sekaki tengok ikan-ikan yang sangat banyak.

Esoknya,bersiap-siap ,kemas apa yang patut,kemudian sambung lagi tidur kat tepi pantai.

Jauh Perjalanan,Luas pemandangan. Bermacam ragam dan norma kehidupan manusia dapat dilihat. Ada yang sudah lupa minuman yang halal hingga menyebabkan anak-anak muda juga bisa terjebak. Berjalan jauh semata-mata untuk mencari kedai makan,membuatkan saya sendiri bersyukur kerana mempunyai motor (walaupun ayah saya punya) untuk bergerak ke mana-mana. Di sini jugalah saya melihat sendiri siapa yang lebih barat dari barat. mohon agar saya,keluarga saya,sahabat-sahabat saya dijauhkan dari melakukan perkara sedemikian.

2 comments:

  1. Salam tumpang tnya.kos snorkling bapa ye?? Boleh whatapps 0104148623 saya memang ingin ke pulau tioman dgn travel survivor dgn kos rendah

    ReplyDelete
  2. Salam tumpang tnya.kos snorkling bapa ye?? Boleh whatapps 0104148623 saya memang ingin ke pulau tioman dgn travel survivor dgn kos rendah

    ReplyDelete