Thursday, May 26, 2011

Dari Selatan ke Utara

Jam menunjukkan 7.00 pagi. "Alhamdulillah,aku telah sampai ke Perhentian Butterworth" bisik hatinya. Walau badan dan akal masih lagi letih dek kerana semalam baru sahaja tamat peperiksaan,diikuti pula menziarahi rakan yang terlantar di I.C.U, membuatkan masa perjalanan dari Hentian Sri Puteri ke Butterworth dijadikan masa untuk mengumpulkan semula tenaga.

" hang naik bas Cityliner ke Padang Serai.Biasanya ada pukul 6 pagi" satu pesanan ringkas SMS masuk ke telefon bimbit Nokia itu."Bukan platform ni...yang ni mungkin." Lantas melabuhkan punggung ke deretan kerusi berhadapan dengan Platform 52.

15 minit kemudian, bas sampai.Bas Cityliner berwarna Merah hitam,bernombor 52.Hati berbelah bahagi.Menurut urusetia yang dihubungi semalam,ada wakil yang akan menjemput di Butterworth.Tapi,dah 15 minit lebih,sepertinya tidak ada. Bas mula berundur untuk keluar dari platform."naik je lah..bila lagi nak merasa survive macam ni.."

Di dalam perjalanan,pemandangan sawah menghiasi hampir segenap perjalanan.Jiwa yang serabut,menjadi tenang.Hati yang kecewa,menjadi riang. Seolah-olah sedang dimainkan lagu latar yang menenangkan. Dengan bunyi-bunyian burung bertebangan.Riang indahnya burung-burung terbang, tetap memuji Tuhan walau sedang bekerja mencari rezeki .Subhanallah.

********************************************************************************

Sebuah kancil merah tiba di Perhentian Bas Padang Serai.itulah Ammar, salah seorang peserta program.Beliau ditugaskan oleh urusetia untuk menjemput peserta lelaki. Sampai di rumah keluarga angkat,Afdhal berkenalan dahulu dengan Tok Melah,tuan punya rumah.Tok sangat peramah.Ammar juga menyarankan untuk berehat dahulu,petang nanti barulah mula menyertai program.

Kesempatan yang ada digunakan untuk berehat di atas buaian atau biasa dikenali dengan nama ndoi oleh masyarakat utara semenanjung Malaysia.berehat lebih satu jam,kemudian dijamu makan tengahari yang sedap dan lazat.Sebelum kembali bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat

*********************************************************************************

"Ammar,takkan kita dua je peserta lelaki? mana yang lain? "sapaku kepada Ammar,setelah melihat dewan serbaguna tersebut dipenuhi dengan mahasiswi-mahasiswi .
"laa..ko tak tau ke..memang kita dua je". tersentap.Mula berfikir,adakah ini program bukan di bawah PUMPP? terpampang fail peserta di hadapan kami,diteliti dengan lebih dekat,anjuran USM.Cari-cari,ternampak Afifaliza,kenalan lama sewaktu berprogram hujung tahun lalu. "eh..macam kenal...Zul mana? " tanyaku kepadanya tentang Zul,abangnya . Zul Hafiz,salah seorang peserta program yang aku kenali Disember lepas. Kami panggilnya Dato'.Perwatakan merendah dirinya ditambah pengalaman dalam bidang keagamaan membuatkan kami cukup senang dengannya. Pengalaman kami bersama Pak Long,Ciffi mula kembali memenuhi ruang atmosfera pemikiran. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan.tak akan.

" dia kat Kulim. dia kata dia nak mai nanti.." .

Aktiviti petang itu,lebih kepada perkenalan diri.dan kemudian,kami masuk ke kampung untuk menziarahi mereka, di samping mendengar permasalahan yang sering berlaku di kampung tersebut.Pelbagai adegan,seperti adegan seolah-olah anak-anak angkat berebut tanah,disebabkan pemetaan kampung tersebut atau lebih tepat lagi nama kampung tersebut kurang diketahui umum.

Pada sebelah malamnya,Pak Long Harun,bersama dengan bekas ADUN kawasan tersebut menerangkan kepada peserta tentang profil kampung tersebut,asal usul nama dan banyak lagi. manakala bekas ADUN tersebut mengulas tentang kepentingan perlembagaan .Malam tersebut,Bakhtiar hadir.melengkapkan atau lebih tepat lagi meramaikan golongan pemuda di dalam dewan tersebut.sesi soal jawab,hanya dilakukan oleh saya,Ammar dan Bakhtiar,sedangkan mahasiswi lain sudah letih nampaknya dan kelihatan marah-marah dengan kami kerana melanjutkan perbincangan sehingga jam hampir 12 tengah malam.

bersambung..............................

No comments:

Post a Comment