Sunday, June 24, 2012

Menggenggam Janji ::

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah setelah seminggu latihan industri, banyak perkara yang kami pelajari. Jika di kelas lebih pada teori, maka di sini kami dapat melihat sendiri beberapa peralatan yang hanya kami lihat di dalam kelas. Bangun awal, siap-siap terus ke tempat kerja, sebagai satu latihan untuk kami mendepani kehidupan selepas tamat pengajian nanti.

Buat semua rakan-rakan yang sedang mengikuti latihan praktikal, selamat maju jaya dan selamat menimba ilmu. Ilmu itu kita mampu untuk pelajari dengan sesiapa sahaja. Baik mereka yang cukup sifat mahupun hanya dari anak kecil. Saya senang dengan ilmu yang diperolehi ini. Malah, saya juga turut gemar mencari nilai-nilai melalui beberapa filem yang saya tonton. Ini kerana saya sendiri amat jarang menonton filem. Cuma kalau filem-filem indonesia tu, laju la sedikit untuk menontonnya.

Alhamdulillah, saya berharap agar langkah yang dipilih ini dipandu dengan bantuan Ilahi.
Sukar.
namun apabila sudah selesai langkah pertama, maka saya harap agar ianya menjadi langkah yang diredhai.amin.ikhlas dalam setiap apa yang telah dicatatkan. Selangkah demi langkah sibuk disusun namun dalam masa yang sama jangan dilupakan tentang banyak lagi perkara lain di sekitar yang tidak harus kita lupakan.

Semangat Sukarelawan Harus Dicontohi


Saat saya sedang membuat sedikit tugasan sambil menonton televisyen, terpapar tentang sebuah usaha yang cukup murni.Seorang anak kecil ini menolak untuk solat hanya kerana telekung yang ditinggalkan di sebuah tempat di sebuah hentian dalam keadaan yang kurang wangi. " kenapa orang besar (dewasa) malas nak basuh telekung ? " soalnya kepada emaknya.

Lantas emaknya mengambil inisiatif, dengan mengambil kerja sukarelawan ini demi untuk memastikan Islam itu terus tidak disalah tafsir. 3S - Mulakan dari diri Sendiri, Sedikit-sedikit ( istiqamah) dan lakukan Sekarang.


Persiapan Sebelum Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan


Menurut Ustaz Izhar Haniff yang ditemubual di dalam rancangan bual bicara Assalamualaikum di TV Alhijrah, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan atau menjadi tumpuan sebelum mendirikan rumah tangga seperti yang digariskan oleh alim ulama selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan Rasulullah s.a.w
1) Menjaga solat
2) Membaca Al Quran.
3) Akhlak yang terbaik.hatta dalam keadaan marah, lapar dan sebagainya.
4) diredhai ibu bapa
5) Boleh mengadaptasikan dengan suasana keluarga mentua


dan banyak lagi. Ustaz Izhar berpendapat perkara-perkara ini perlulah ditanamkan dahulu sebelum akad nikah dilaksanakan. Paling tidak, berilah tempoh paling maksima 1 tahun untuk memastikan perkara-perkara penting ini terjaga.

~sekadar perkongsian. jika ada tersalah info,bolehlah menghantar komen di bawah~

No comments:

Post a Comment