24
Jun, teka teki siapa Presiden baru Mesir sudah terjawab. Pemimpin dari
Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi diumumkan sebagai pemenang
menewaskan Ahmed Shafik. Ada yang melihat kemenangan ini sebagai batu
loncatan untuk menyambung semula perjuangan kepimpinan khilafah islam
yang sudah hampir 90 tahun terkubur. Malah, ada juga melihat ianya
sebagai kunci kepada kebebasan untuk rakyat Palestin. Pimpinan tertinggi
Hamas Ismail Haniyeh antara pimpinan yang awal memberikan ucapan
tahniah kepada Dr Morsi.
Namun,
di sebalik semua itu, ada satu hal yang akan menjadi fokus utama
pandangan baik untuk rakyat Mesir sendiri mahupun masyarakat dunia. Ia
tentunya tentang kecemerlangan kepimpinan islam di dalam politik. Jika
dahulu Palestin seperti sebuah
negara yang ditinggalkan tanpa sebarang perhatian, kini dengan berkat
usaha oleh badan bukan kerajaan dari Turki, masyarakat bersatu hati
menghulurkan bantuan. Malah di dalam Misi Mavi Marmara sendiri kita
dapat lihat begitu ramai sekali aktivis-aktivis bukan islam turut sama
membantu. Walaupun kepimpinan Turki dilihat pro-Islam, namun ia sedikit
sebanyak membersihkan imej negatif yang hadir pada pemikiran masyarakat
bukan Islam mengenai cara hidup Islam sendiri yang bencikan keganasan.
Perlahan-lahan masyarakat dunia kembali memberi kepercayaan kepada orang
Islam. Walaupun kedudukan kepimpinan tertinggi Turki sering dilontarkan
imej negatif, namun ianya satu persatu dihapuskan. Keberanian dan
kelantangan Edrogan membuatkan Israel sudah tidak boleh duduk senang
lagi.
Dan kini,masyarakat dunia akan memberi tumpuan lebih kepada Mesir.Mampukah Dr Morsi mengekalkan malah menambah keyakinan rakyat Mesir kepada beliau khususnya buat masyarakat bukan
Islam. Ini kerana awal-awal lagi mereka merasa kebimbangan berada di
bawah kepimpinan seorang yang mempunyai latar belakang keagamaan yang
cukup kuat. Namun, ianya terus disambut dengan kata-kata Dr Morsi
bahawa beliau akan menjadi Presiden Mesir kepada semua rakyat Mesir,
tanpa mengira kaum dan agama.
Kemenangan Dr Morsi juga dilihat sebagai sinar cahaya kepada pembebasan Palestin. Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh antara pemimpin awal yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Morsi.NGO-NGO yang setia membantu rakyat Palestin pastinya senang dengan keputusan pilihanraya ini dan berharap agar bantuan lebih mudah disalurkan kepada rakyat Palestin.
Sokongan buat Dr Morsi bukan sahaja dari rakyat Mesir, malah turut mendapat sokongan daripada umat Islam di negara-negara lain. Jelas, sebarang perlakuan dan keputusan yang ditetapkan oleh Dr Morsi ini akan menjadi perhatian semua. Dalam satu aspek, ianya mampu mengendurkan pemikiran 'islamophobia' dalam kalangan bukan Islam. Dan dalam masa yang sama, ianya diharap sebagai kebangkitan semula kegemilangan Islam di dunia. Kegemilangan dalam segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Yang jelas, Dr Morsi dan kepimpinannya memerlukan sokongan dan doa dari kita semua.Semoga kepimpinan baru Mesir ini menjadi mata rantai kepada munculnya ahli politik Islam yang dihormati kawan, digeruni lawan.
Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof
Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik

No comments:
Post a Comment