Saturday, March 24, 2012

Allah Menilai Pada Usaha, Manusia Menilai Pada Hasilnya


Assalamualaikum semua.

"apa beza derma RM 1 dengan tak derma ? bukannya boleh selamatkan penduduk Palestin tu pun "

"seposen je pun..xpayah la.."

"kenapa dia sibuk-sibuk sangat nak peduli pasal semua orang ? "

" buat pa datang 'meeting' banyak-banyak kalau tindakan tiada ? "

brohamzah.blogspot.com -sumber gambar


itulah yang sering kita dengar. Usaha yang kecil dianggap sia-sia. Tetapi usaha yang besar, populis dan dilakukan orang ternama dilambung lebih tinggi dari kereta-kereta yang dilambung oleh Mael Lambung. Kita sering terlupa sejarah dan cerita dongeng yang sering kita dengar.

Bagaimana kisah kura-kura yang perlahan-lahan menapak selangkah demi selangkah untuk sampai ke garisan kemenangan.

Bagaimana usaha Siti Hajar berlari-lari kecil untuk mencari air untuk diminum Nabi Allah Ismail.

Di dalam apa-apa bidang sekalipun hatta perjuangan,isu Palestin, dan sebagainya, jangan diperkecilkan usaha-usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Masing-masing punya platform untuk berjuang. Namun jangan sesekali bermain dengan api-api kenyataan bersifat provokasi dan merendahkan kemampuan dan usaha pihak lawan.

Tak salah kerana mereka melakukan perkara yang kecil.

Dan tak salah untuk mereka melihat perkara itu kecil.

Mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka.

Mungkin besar bagi kita tetapi ada yang lebih dan harus diutamakan.

Menyampaikan hasrat dan idea jangan sampai lupa adab.

dan kadangkala kita telah merasakan bahawa apa yang kita lakukan itu cukup besar dan bermakna. tetapi bagi dia,mereka, dan sesiapa sahaja, usaha itu tidak cukup lagi untuk meyakinkan dia , mereka bahawa kita telah melakukan terbaik.


No comments:

Post a Comment