Tuesday, June 21, 2011

Sukan Rakyat KSS mengeratkan ukhuwah Mahasiswa dan Pengurusan KSS



18 Jun 2011- seawal jam 7.30 pagi saya sudah bertolak dari rumah untuk bersama-sama dengan warga KSS dalam program Sukan Rakyat KSS. Pelbagai aktiviti yang dilangsungkan,antaranya futsal padang,tarik tali,makan epal tergantung,lari dalam guni,tapak gajah dan banyak lagi. Program ini juga merupakan program pertama KSS bersama dengan warga baru kolej, iaitu mahasiswa tahun 1 yang baru sahaja mendaftar dalam tempoh 3 minggu sebelumnya.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menyertai pertandingan futsal padang dan bersama-sama dengan pasukan saya ialah Haikal,Faiz,Zulhilmi dan Amin. Alhamdulillah,kami berjaya muncul naib johan , tewas 2-1 kepada junior DDF, menang 3-1 terhadap team favourite menang Amir & Omar dan menang 5-0 menentang pasukan Hafiz. Alhamdulillah,saya berjaya menjaringkan 6 gol.

Di kesempatan ini juga,saya sempat bertemu dengan pengetua , felo-felo dan staf KSS sendiri. Sempat juga kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan UTM. Namun,apa yang menarik untuk saya kongsi bersama anda semua ialah satu ayat yang saya rasakan ada benarnya, iaitu ;

menjana idea dan sokongan terhadap program berimpak tinggi haruslah dimulai dengan program-program berkonsepkan santai bagi membuat dan menarik tautan hati antara pengunjung/peserta kepada penganjur.


apapun,tahniah dan syabas untuk pengarah program & the team atas satu program yang cukup menarik dan dekat di hati mahasiswa. Bagi mahasiswa yang tidak turun ke program seperti ini, anda sebenarnya cukup rugi,kerana waktu-waktu seperti inilah anda harus gunakan untuk bertanya apa-apa perkara yang berkaitan kepada pengurusan kolej. ^_^

p/s: saya masih lagi mencari mood untuk menulis tentang ESTIJA di Tioman dan Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment