Wednesday, June 15, 2011

Solat Gerhana - 16 Jun 2011

Assalamualaikum.

Esok,atau lebih tepat lagi beberapa jam dari sekarang akan berlakunya Gerhana bulan.
Gerhana Bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi. Gerhana bulan terjadi saat matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan dan bumi berada di antara matahari dan bulan. Saat terjadinya gerhana bulan adalah pada malam purnama.

Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
 
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
 
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
 
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
 
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
 
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s


maka marilah kita,beramai-ramai menunaikan solat sunat gerhana ini. Usahlah bertangguh, kononnya kita boleh menunaikannya di masa akan datang. Namun, harus diingat, berpeganglah kepada yang pasti.







Dari ’Aisyah r.a. berkata : ”Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Lalu Nabi mengutus seorang munadi (penyeru) mengumandangkan: “As-solatu Jami’ah”. Kemudian baginda solat 4 kali ruku’ pada 2 raka’at dan 4 kali sujud.”

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Ayuh anak muda, bangkit hidupkan sunnah Rasul mu!


gerhana itu hanya sementara.moga kedukaan yang saya alami jua sementara sahaja

1 comment: