Saturday, April 16, 2011

Perutusan Khas Untuk Mahasiswa Tahun 3 UTMIC

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat di UTMIC yang dirindui dan disayangi atas nama-Nya, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berjasa kepada kita semua.

Sahabat-sahabat yang dicintai keranaNya,
Pertama dan selamanya, tahniah dan syabas untuk sahabat-sahabat yang bakal menamatkan bidang pengajian dalam peringkat diploma di UTMIC. Sungguh,pengalaman yang sahabat-sahabat perolehi baik di dalam bilik kuliah mahupun di luar, di harap mampu membantu sahabat dalam menempuh masa depan yang mendatang. Dan untuk menamatkan marathon panjang selama 3 tahun ini, cubalah untuk menamatkan ia dengan penamat yang terbaik.

Ingatlah,ketika inilah kita diberi semula peluang untuk mencatur kehidupan kita, samada untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya, atau melalui zaman bekerja dahulu sebelum belajar semula ,atau terus bekerja. Buatlah pilihan yang terbaik,kerana ia akan menentukan masa depan kita.

Sahabat-sahabat di UTMIC yang sentiasa meningkatkan usaha untuk meraih ridho Ilahi,
mulalah untuk membuat risikan maklumat mengenai kehidupan di kampus Skudai. Kerana setiap fakulti,ada pahit manisnya,ada gelak tawa masing-masing. Saya cukup faham dan mengerti kerisauan anda mengenai peluang kemasukan anda di UTM Skudai ini,namun saya hanya boleh menyarankan anda untuk sentiasa berfikiran positif dan optimis yang anda semua mampu untuk menyambung pengajian di sini. Secara jujurnya,saya amat menanti lebih ramai mahasiswa dari lepasan diploma di UTM Skudai ini untuk terus membuktikan bahawa walau apa dasar yang universiti cuba lakukan,mahasiswa lepasan diploma akan tetap bersaing secara sihat dan berusaha secara optimum untuk memberi khidmat dan jasa kepada UTM,agama,bangsa dan negara. Yakinlah,kerana keputusan kemasukan itu terletak di tangan manusia,iaitu hamba kepada Yang Maha Pembuat Keputusan. Hati manusia boleh berubah 180 darjah dalam masa sekelip mata.

Namun, bagi yang masih risau, atau sudah mula tawar hati untuk belajar di UTM, bolehlah fokus kepada universiti yang anda telah pilih di dalam borang UPU,ataupun universiti-universiti lain yang anda fikirkan sebagai plan B sekiranya anda kurang bernasib baik untuk menempatkan diri di UTM.

Maka saya nasihatkan anda untuk :
a) mengumpulkan semua "course outline" dari semester 1 hingga 6 untuk setiap subjek, untuk memudahkan urusan anda di universiti lain nanti,terutamanya dalam perpindahan kredit subjek yang telah dipelajari di UTM. Mungkin tidak banyak,namun sekurang-kurangnya mampu mengurangkan jumlah jam kredit yang bakal anda belajar di universiti baru nanti.
b) Semasa cuti 4 bulan ini,boleh mula merisik universiti yang ada kos yang anda minat dan subjek-subjek yang boleh dikecualikan kredit di universiti tersebut.


Tahniah, anda semua bakal graduan UTM. Maka bertuturlah dengan lidah yang banyak berkata tentang kepentingan mahasiswa dan masyarakat, berfikirlah dengan akal yang sentiasa memikirkan idea besar untuk pembangunan ummah, bertindaklah dengan anggota yang kuat  dan padu, insyaAllah anda akan berjaya.

Sahabat-sahabat UTMIC sekalian,
Ingatlah jasa baik pensyarah-pensyarah,pengetua-pengetua dan staf kolej,pegawai-pegawai yang banyak membantu anda hatta bantuan sekecil zarah,ingatlah jasa mereka. Doakanlah mereka agar terus komited dalam membantu melahirkan mahasiswa kini dan pemimpin masa depan yang berguna untuk masyarakat,bersatu padu hati dan suaranya.

Sesungguhnya hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulat agamaMu
Maka eratkanlah hati-hati ini Ya Allah,akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan antara hati ini
Tunjukkanlah hati-hati ini jalannya yang sebenar
Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya dariMu yang tidak kunjung malap
Lapangkanlah hati-hati ini dengan keindahan dan keyakinan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati ini dengan keyakinan makrifat terhadapMu
Jika engkau mentakdirkan kami mati,maka matikanlah kami dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah tempat kami meminta pertolongan

Saya menanti anda di Skudai untuk Minggu Transformasi Mahasiswa  September nanti.InsyaAllah,jika dipanjangkan umur ,saya akan berada lagi di sana nanti.
Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof
Naib Presiden Fakulti
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2011

No comments:

Post a Comment