Wednesday, April 13, 2011

Perjumpaan Bersama NC dan TNC Akademik & Antarabangsa

Pada 11 Januari 2011, telahpun diadakan Perjumpaan antara Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor UTM bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa UTM. Berikut merupakan beberapa perkara yang telah dibincangkan dan mendapat jawapan terus dari Dato'

- Mendalami semula istilah Mahasiswa Cemerlang yang dinyatakan di dalam buku beliau, Menghayati Budaya Ilmu. Terdapat 8 perkara utama :
1-pengurusan masa yang optimum
2-Integriti
3-Kemahiran Insaniah
4-Pembelajaran Berkesan
5-Aktiviti Kolej Kediaman
6-Kemahiran Membaca
7-Keprihatinan Sosial
8-Menjana Minda Kreatif dan inovatif
9-Tabiat membaca

Dato' juga menekankan kepada pemimpin mahasiswa sekalian agar menjaga jadual makan masing-masing agar selari dengan "biological clock" kita. Digalakkan untuk makan malam sebelum maghrib,dan tidur awal untuk bangun awal. Kebiasaan, selepas 2 jam kita makan kita akan tidur. Bayangkan jika mahasiswa mengambil makan malam mereka pada jam 11 malam, maka ia akan menjejaskan kitar biologi mereka.

Dalam hal yang lain juga, mahasiswa digalakkan untuk merangka masa depan mulai sekarang, dan haruslah bijak dan berani membuat keputusan. Salah atau betul itu persoalan kedua. Malah,satu kata-kata dari Dato sendiri yang cukup menarik perhatian saya,
" kebanyakan mahasiswa yang mendapat 1st class,tidak akan menjadi CEO"

kata-kata itu tampak agar kasar,namun mendalam maksudnya. Di kesempatan yang ada juga,turut diadakan sesi soal jawab dan perkongsian. Antaranya ialah isu pelestarian kampus oleh saudari Koh Wen Ying, perkongsian mengenai kehebatan Sultan Al Fateh oleh saudara Zaki Haron dan banyak lagi. Malah, saya juga turut berkesempatan untuk menanyakan kepada Dato' dua perkara :
1- isu biasiswa Endowmen yang hanya diperuntukkan untuk pengambilan lepasan matriks dan STPM
2- isu perbelanjaan GOP dari fakulti untuk mahasiswa di UTMIC.


berkaitan isu yang pertama, Biasiswa Endowmen itu hanyalah satu tarikan kepada pelajar luar untuk masuk ke UTM, dan fokusnya bukanlah pada pelajar yang lama. Malah,tujuan Biasiswa itu ditubuhkan bukan untuk membantu golongan miskin atau sebagainya seperti biasiswa JPA ,pinjaman negeri dan lain-lain, tetapi ia adalah satu pengiktirafan kepada mereka.

untuk isu peruntukan GOP untuk mahasiswa UTMIC,ianya diminta untuk dirujuk kepada TNC Akademik, Prof Azraai.


Keesokannya,12 April,saya dan 3 orang MPM dari Jabatan Pembangunan Akademik & Kepimpinan telahpun mengadakan perjumpaan ringkas bersama Prof Azraai. Kami telahpun membawa isu-isu kebajikan di fakulti yang tidak disentuh semasa Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa yang lalu.

Memandangkan Prof mempunyai mesyuarat lain,maka kami telahpun menengahkan beberapa isu penting dan utama.
-memperkasakan institusi Penasihat Akademik.Kami mencadangkan agar diadakan perjumpaan berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali agar P.A benar-benar memantau prestasi akademik mahasiswa.
-Kualiti Perkhidmatan Staf dan Pensyarah. Antaranya ialah kerosakan mesin faks sehingga menyebabkan urusan latihan industri mahasiswa terganggu
-Mengusulkan 2% markah diambil dan diberikan kepada mahasiswa yang aktif dalam penggunaan elearning.
- Status lepasan diploma,khususnya tentang jumlah pengambilan mereka dan isu peruntukan GOP. Pengambilan mereka memang sekadar untuk menampung kekosongan yang ada,namun mereka yang benar-benar layak sahaja akan diberikan peluang untuk memasuki UTM, kerana UTM sudahpun membuat pusingan hampir 180 darjah sepenuhnya hasil pengiktirafan Universiti Penyelidikan. Tanggungjawab yang dahulu dimainkan UTM kini haruslah diambil alih oleh universiti-universiti teknikal yang lain. Justeru itu,kami memohon agar mahasiswa tahun 1 untuk sesi akan datang di UTMIC diberikan taklimat yang jelas tentang keadaan semasa ini.

Berkenaan peruntukan GOP,Prof Azraai sendiri menyatkan bahawa mahasiswa dari bidang diploma boleh memohon peruntukan dari pejabat TNC Akademik,namun jumlah yang diperoleh tidaklah sama seperti jumlah yang diperoleh oleh sarjana muda. Namun,saya melihat ini sebagai satu dana alternatif lain untuk mahasiswa diploma UTMIC yang mengadakan program GOP selain dari pejabat HEMA.

Tentang isu Tabung Aktiviti Mahasiswa, Prof Azraai sendiri dalam usaha untuk mencari dana,sekurang-kurangnya RM 5000 untuk setiap fakulti. banyak lagi isu lain seperti kemudahan,yang kami kira turut penting untuk mahasiswa,namun telahpun kami sertakan salinan tersebut untuk Prof Azraai. Kami akan sentiasa mengikuti perkembangan berkenaan isu ini untuk kebaikan mahasiswa juga.

Kami juga memohon doa dari rakan-rakan mahasiswa sekalian agar isu-isu untuk kepentingan mahasiswa,dibukakan hati mereka untuk mereka mengambil cakna. Allah itu Maha Kaya dan Maha melembutkan hati manusia,maka permudahkanlah urusan kami ini Ya Allah.

No comments:

Post a Comment