Thursday, April 7, 2011

Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa - Dewan Senat, 6 April 2011

Assalamualaikum .

terima kasih kepada mahasiswa yang banyak membantu dalam usaha kami mendapatkan maklumat.tidak lupa juga kepada komitmen pihak TNC HEMA ,PHB ,Pengetua-pengetua yang turun sama mengambil cakna terhadap isu berkaitan kebajikan mahasiswa.

untuk mahasiswa KL,saya amat harapkan beberapa perkara yang diimplimentasi di sini turun di implementasikan di UTMIC. Anda mempunyai hujah yang kuat untuk membawa isu ini ke UTMIC.

kini saya ingin lampirkan beberapa perkara penting hasil mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dihadiri oleh setiap unit di UTM Skudai ini yang dipengerusikan oleh TNC HEMA sendiri.

Saya akan pecahkan kepada Perkara Berbangkit dan Cadangan dari pihak MPM sendiri.

Perkara 3.3 Perkhidmatan Bas
- bas ada untuk semester pendek dan cuti, namun kekerapannya kurang. Minta kerjasama untuk semua pengerusi kolej mengenal pasti berapa ramai mahasiswa yang menggunakan bas dan mengambil semester pendek.
- cadangan agar papan tanda untuk setiap bas menggunakan papan tanda yang boleh dilihat oleh mahasiswa sewaktu malam
- nombor aduan diletakkan di bas untuk dihubungi sekiranya ada masalah
- untuk bas ke U-Mall dari 8 pagi hingga 12 tengah malam untuk Sabtu dan Ahad. Dahulunya bas hanya sampai di Jusco, tetapi atas permintaan mahasiswa, bas akan melalui sehingga U-Mall dan untuk membuat 1 pusingan dari UTM sehinggalah ke U-Mall memakan masa selama 1 jam. Oleh demikian,mahasiswa harus bijak memilih masa untuk menunggu.
- Cadangan menggunakan bas yang lebih banyak ruang berdiri seperti RapidKL dan sistem bas 2 pintu
- Mahasiswa keliru bas untuk program dan bas biasa. Maka satu papan tanda/notis perlu diletakkan di bas untuk mengelakkan salah faham antara mahasiswa berlaku.
- Sikap mahasiswa yang suka turun lambat, bukan disebabkan kekurangan bas. Saya akui bahawa kita sendiri perlu mengubah mentaliti kita dalam mentransformasikan minda mahasiswa.
- tiada bas 'direct' ke FTI.
- pondok bas tiada lampu - tindakan PHB
- Mencadangkan jika bas dah penuh, terus menuju ke fakulti.contoh, jika bas dari KTR,KTF,KTDI,K11,jika sudah penuh sewaktu tiba di sesuatu kolej,terus bergerak menuju fakulti untuk mengelakkan mahasiswa yang lain hanya 'melihat' bas berlalu pergi dengan penuh.

Perkara 3.2.4 Bilik- Bilik Persatuan
pihak HEMA akan mengeluarkan dalam masa yang terdekat tentang ranking/keaktifan sesebuah persatuan. Persatuan yang aktif sahaja akan diberikan bilik persatuan. Maka saya minta untuk mana-mana persatuan yang merasakan peri pentingnya bilik persatuan untuk persatuan mereka, terus berhubung dengan HEMA.

Perkara 3.6 Proposal tempat letak motorsikal berbumbung
merupakan urusan kolej. boleh 'update' dengan JKM,Pengetua kerana ianya melibatkan peruntukan kolej. KTR sudah lulus,namun masih tiada bajet yang mencukupi.

Perkara 3.12 Kawasan Meletak Kenderaan
- cadangan agar diwujudkan zon parking mahasiswa
- menggantikan semula tempat parking di FKM dan FKE yang telah diambil oleh pihak fakulti untuk membina bangunan baru.
- meletakkan CCTV di kawasan meletak kenderaan

Perkara 3.14 Kompleks Sukan
-InsyaAllah minggu hadapan akan diserahkan kepada pihak keselamatan
-ada 2 court futsal
-aduan mengenai mahasiswa bermain futsal hingga lewat pagi. Mahasiswa dibenarkan untuk bermain sehingga lewat pagi untuk sabtu dan ahad, namun pemilihan gelanggang futsal itu haruslah tidak berdekatan/bersebelahan dengan kolej-kolej.

Perkara 3.21 Mahasiswa Berdua-duaan
- Pusat Islam,MPM dan PMI bekerjasama dalam menubuhkan Hisbah ( Rukun Tetangga Mahasiswa)
-rondaan untuk menyemai budaya hidup sihat

3.22 Keselamatan Kampus
- kes kecurian di UTM
- ada CCTV, tetapi ada yang tidak berfungsi
Statistik kehilangan harta benda universiti
2008- 27 kes
2009 - 18 kes
2010- 6 kes
Sehingga April 2011 - 11 kes kecurian motorsikal telah berlaku
3 motor sudah dijumpai, tinggal 8
KTR paling banyak kes - 7
- mahasiswa juga harus prihatin terhadap keselamatan barang mereka

3.23 Perkhidmatan Kafeteria
-apa-apa aduan mengenai harga,penggunaan polistrin dan sebagainya, boleh terus salurkan terus.yang paling penting, aduan perlulah disertakan bersama gambar.
-aduan dari Pengetua KP tentang kafe yang saling dengki mendengki


Cadangan MPM
- Pendawaian di Blok Lama - dalam tindakan PHB dan HEMA kerana pada 5 April mereka sudah berbincang mengenai perkara ini
- Pembaikpulihan Lantai di L12
-Laluan pejalan kaki berbumbung - penting tetapi tidak perlu disegerakan ( bajet tidak mencukupi)
-Pembaikpulihan Jalan dan Longkang - Tahun ini akan bermula dan secara berfasa.
-penambahbaikan lampu jalan
-Melengkapkan dan membaiki LCD Projector di Arked terpilih - HEMA dan MPM akan mengadakan perbincangan mengenai keperluan di kafe/arked-arked untuk kelihatan lebih menarik dan ceria
- Haiwan Liar- laporkan pada OSH
-pecah masuk ke dalam blok siswi.- pagar di KTF sudah dibaiki, namun yang lebih penting ialah kesedaran mahasiswa sendiri.
-penyelenggaraan alat pemadam api
-Penggunaan kad matrik bercip dalam sistem kehadiean aktiviti mahasiswa - fasa 1 dalam proses percubaan
-Pengecualian sewa kolej kepada pengerusi JKM,Pengurangan 50% kepada semua JKM dan 25% kepada pengerusi kelab dan ketua blok - hanya tunggu masa untuk dilaksanakan
 membenarkan penggunaan laluan di hadapan FGHT - pihak keselamatan tidak ada masalah sekiranya pihak fakulti membenarkan. Cuma tidak boleh disalahguna oleh mahasiswa
- ada bahan yang tidak boleh dimuaturun di e learning - tindakan CICT
- menambah ruangan aksara yang dibenarkan untuk komen di dalam sistem penilaian pensyarah
- hanya boleh online di sesebuah tempat di fakulti

dan ada lagi masalah berkaitan dengan fakulti akan saya dan pihak JPAK MPM akan bawakan pada meeting bersama TNC A minggu hadapan. sekiranya ada perkara yang tertinggal, maafkan saya kerana mungkin saya terlalai dalam mencatit.



::aku menulis bukan kerana nama:

No comments:

Post a Comment