Saturday, April 16, 2011

Mendepani Realiti - Hentikan Alasan ,Kuatkan Kesungguhan

Bismillah walhamdulillah,segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan untuk hambaMu ini.selawat dan salam kami panjatkan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, suri teladan sepanjang zaman . Hidup ini begitu indah,singkat dan amat bermakna.

Hidup ini umpama bunga mawar,
harum baunya,
namun hanya bagi penggila bunga.

manusia ini umpama lebuhraya dan jalan biasa,
masing-masing mempunyai jalan, pemandangan dan pengalaman yang berbeza,
namun tetap menuju destinasi yang sama,
baik di lebuhraya mahupun jalan biasa,
pasti ada kelihatan petanda dan petunjuk dari Yang Maha Kuasa,
untuk mengenal siapa yang taat dan siapa yang durjana.

Jangan jadi seperti kisah bangau dan kawan-kawan,
menjadikan orang lain sebagai alasan kegagalan,
terus menerus menyalahkan bukan diri sendiri,
mujur si ular bijak menjawab,
jika tidak pasti tidak tamat siratan-alasan itu.

Lihatlah setiap perkara dengan iman,amal dan islam,
melihat filem membuatkan iman kian mantap,
dari longgar kepada ikatan yang kuat walaupun disentap,


Marilah menari bersama ombak,
kerana ombak yang dulu hanyalah ombak kecil,
sedangkan ombak yang kau lalui kini ialah hanya ombak yang sederhana.

Engkau terjatuh, ayuhlah bangunlah semua.
Engkau ditampar dek ombak,bukan ditampar oleh senapang Israel.
Ombak itu perlu dibelai dengan penuh teliti dan ketekunan,
jangan pernah mengalah,
jangan pernah berduka,
kenapa perlu menunggu esok hari,
jika hari ini masih punya kesempatan?

Harapan itu masih ada,
kuatkan tekad,
bulatkan matlamat,
hanya untuk Allah kerana manusia,
hanya untuk Allah kerana manusia,
hanya untuk Allah kerana manusia.

Kutip manfaat dari segala apa yang kamu lihat,fikir,rasa.
baik melalui filem mahupun drama,musik dan sebagainya.

Aku menegur kerana Allah dan untuk manusia,
Aku mencoret kerana Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan,
dan aku berharap agar coretan sekecil zarah ini dikira sebagai kebaikan.
kerana aku bimbang amalanku tidak cukup untuk mendapatkan pas masuk ke syurga.

1 comment:

  1. teruskan perjuangan dalam kepimpinan dan juga akademik afdhal..

    NC dh kata takyah nak kejar 1st class klu nk jadi ceo hehe...

    ReplyDelete