Wednesday, April 27, 2011

Majlis berbuka Puasa yang penuh makna

Assalamualaikum.
saya mencuri sedikit kesempatan di minggu-minggu peperiksaan ini untuk menulis serba sedikit mengenai suasana yang cukup menyentuh hati saya. Benarlah apa yang dikatakan " erti hidup pada memberi."

tanggal 24 April,saya tidur awal pada malam 23 April.Bangun-bangun,dapat pelbagai mesej.


di Facebook, dan banyak lagi. Mendapat mesej dari ahli keluarga terutama ibu bapa sendiri dan adik beradik,menambahkan lagi semangat sebelum bermulanya mengulangkaji.

Cumanya, saya tidak meletakkan tarikh 24 April sebagai tarikh lahir saya,tetapi saya letakkan 28 Ogos, kerana saya lahir pada 28 Ramadhan. Kebetulan tahun ini 28 Ramadhan sama dengan 28 Ogos. Maka jika ada yang bertanya betul ke tak,maka akan saya katakan tak. Malah,ada sahaja teman-teman yang sengaja saya membuat mereka curiga terhadap mesej mereka.

Maka,sepanjang hari saya lalui seperti biasa.tidak mengharap apa-apa ucapan atau apa-apa hadiah.

antara mesej yang saya perolehi

" selamat ulang tahun ustat! ........................moga dipercepatkan jodoh"

"Saya ingin mengucapkan Happy Birthday yang ke 21!! saya doakan moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat,menjadi anak yang soleh,pelajar yang cemerlang,pemimpin yang amanah,kawan yang sejati dan akan datang menjadi suami yang dapat membimbing keluarga dengan baik dan menjadi ayah yang menjadi contoh kepada keluarga.

dan semoga dipercepatkan jodoh. amin!!! "


salam..afdhal,selamat ulangtahun yang ke 21.opps...adik kite rupenye..hehehe..semoga pertambahan umur lebih mematangkan diri n gudluck exam minggu depan.ganbatte!


"...............
i wish him all the best in everything he do and thanks to him....................."









dan paling menarik...

cukup terharu ..terdiam tak terkata. saya tak langsung menyangkakan majlis buka puasa saya itu bertukar kepada majlis sambut hari jadi.




Selesai maghrib, ada pengumuman..kali ni..mereka-mereka yang minta. selalu interview orang, ni masa kena interview, haa..kan rasa lain.
 
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=i_Wr3_luA6U
akhir kata,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan MPM yang bersusah payah menyediakan juadah berbuka ini. Cukup kenyang dan menyelerakan,rasa macam nak tempah je lagi untuk masak.Teringat kenangan semasa menjadi BWP di MRSM Muar... Majlis disambut dengan adanya kek dan mee hun..saya terharu sehingga berlinangan air mata ^_^

.
Untuk rakan-rakan yang lain,good luck ya!

No comments:

Post a Comment