Monday, March 7, 2011

Program Mesra Kampus - Peluang Merapatkan lagi ukhuwah bersama mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. pada 5 Mac yang lalu, unit sukan Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) telah menganjurkan program Mesra Kampus bertempat di Padang Utama UTM. Alhamdulillah, dapat bersama-sama dengan beberapa orang perwakilan mahasiswa yang lain yang turut hadir bagi memeriahkan suasana.
antara mahasiswa yang hadir
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah larian mengelilingi Lingkaran Ilmu, Fun Match, Pertandingan Basikal lambat dan banyak lagi. Turut memeriahkan lagi suasana ialah pameran dari Kelab Basikal Tua JB, pasukan Rowing UTM , CEPP dan beberapa lagi pameran yang turut diadakan.

Tak sangka, walaupun tiada latihan atau persiapan untuk berlari, saya berjaya menghabiskan 3km tanpa henti. Di samping itu juga, saya dapat berjumpa dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama sahabat-sahabat saya di UTMIC dahulu seperti saudara Fareez, Naim dam beberapa orang lagi.

 Dato TNC HEMA sedang berucap
Saya juga sempat untuk mencuba menaiki basikal yang sudahpun mencecah puluhan tahun, atau lebih popular dipanggil basikal tua. Program ini cukup bermanfaat untuk mahasiswa, dalam melahirkan minda yang cerdas hasil daripada badan yang sihat. Malah, dalam 10 muwasafat tarbiah yang digariskan juga memerlukan pemuda pemudi yang mempunyai badan yang sihat.

 agak lenguh jugak la kaki (^_^)
Ketua Jabatan JASUKI, Aliff sedang berbual dengan staf dari Unit Sukan






Justeru itu, saya amat berharap agar lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini diadakan. Kita tak perlukan kuantiti program yang pelbagai, tetapi kita perlu bersama-sama menggerakkan program-program secara sinergi , yang melibatkan kerjasama dari pelbagai kolej dan unit. Syabas kepada mahasiswa yang hadir. (^_^)
antara MPM yang hadir.
Pada hari yang sama juga diadakan program Seutuh Langkah Murabbi yang dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) di Fakulti Tamadun Islam. Dukacitanya saya tidak dapat menghadirkan diri  atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Semoga Allah memberi kesempatan lagi untuk saya menghadiri lebih banyak majlis ilmu.


Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof,
Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2011

No comments:

Post a Comment