Sunday, March 27, 2011

MAKNA Bermakna (^_^)










Pusat Kokurikulum UTM : Seramai 10 orang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM,turut serta
 turun padang untuk bersama-sama menyokong program amal Charity Market. Program ini berlangsung pada 18 hingga 20 Mac 2011 yang  dianjurkan oleh mahasiswa tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Society of Petroleum Engineers (SPE UTM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Pihak penganjur  juga mensasarkan kutipan sebanyak RM 10,000 untuk dikutip dan diserahkan dalam tempoh tiga hari program berlangsung. Program yang telahpun bermula sejak hari 18 Mac yang lalu telahpun diisi dengan pelbagai aktiviti yang bercorakkan keusahawanan siswa dan permainan di mana sepuluh peratus  keuntungannya disalurkan ke tabung MAKNA. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan Run for Charity, Pro Evolution SOccer (PES) Competition,dart, Football Freestyle dan banyak lagi. Malah,ada juga mahasiswa dari luar negara turut membuka gerai mereka sempena program kali ini. Untuk sesi pada pagi Ahad, pihak penganjur telahpun menjemput wakil dari pihak MPM dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dari setiap kolej kediaman di UTM bersama-sama berganding bahu untuk menyiapkan kain rentang untuk menyatakan sokongan padu dari mahasiswa UTM kepada pihak MAKNA. 
Pada hari ini juga turut diadakan sesi hati ke hati antara sukarelawan MAKNA sendiri bersama pengunjung yang hadir. Mereka berkongsi pengalaman, suka dan duka tentang bagaimana mereka menghadapi kehidupan seharian. Sesekali dapat melihat riak wajah sedih pada wajah mereka walaupun mereka menyembunyikannya dengan senyuman sepanjang masa. Malah, sesi ini juga turut memberi informasi yang cukup bermakna tentang bagaimana MAKNA membantu pesakit-pesakit kanser ini. Pihak MPM sendiri melalui Naib Presiden Fakulti dengan kerjasama Ketua-Ketua Fakulti turut menyokong program ini dengan menjalankan kutipan untuk membantu meringankan pesakit-pesakit kanser. Kutipan tersebut juga diserahkan kepada Pengarah Program, saudara Ahmad Muhsin pagi tadi. Pihak MPM sendiri amat mengalu-alukan program-program seperti ini yang mampu memberi kesedaran kepada mahasiswa dalam mendepani kehidupan yang penuh berliku. Malah, konsep mencegah itu lebih baik dari merawat harus diaplikasikan dalam kehidupan kita untuk mengelakkan kita dari pelbagai masalah yang boleh membawa kita kepada penyakit kanser.


No comments:

Post a Comment