Friday, March 25, 2011

Hasil Perjumpaan Bersama Dekan FKM

16 Mac 2011 -  MPM dan persatuan-persatuan di dalam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telahpun dijemput untuk menghadiri satu pertemuan bersama Dekan FKM dan staf. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan dan sesetengah darinya cukup menguntungkan untuk pihak mahasiswa sendiri.

Perkara yang utama ialah mengenai pemahaman mahasiswa FKM mengenai OBE (outcome based Education ). Dari 98 responden, boleh dikatakan hampir 70% tidak memahami secara tepat apa itu OBE. Malah,kami juga turut mendapatkan maklumbalas dari pihak mahasiswa sendiri untuk memperbaikinya.kerana biarlah kita turut sama memberi solusi untuk kebaikan bersama.

1. Isu Parking
berkenaan isu parking,bukan sahaja mahasiswa mengalami masalah berikut,malah staf sendiri turut mengalami masalah yang sama. Sehinggakan ada pensyarah-pensyarah yang mengadukan permasalahan ini kepada mahasiswa di dalam bilik kuliah sendiri. Setakat ini, tempat parking untuk mahasiswa FKM khususnya kereta boleh diletakkan berdekatan dengan makmal dan bangunan baru FKM.

2. Post mortem Pilihanraya Kampus
Alhamdulillah, PRK kali ini, FKM berjaya mencatatkan peratus keluar mengundi sebanyak 84% dan turut mendapat pujian dari pihak jawatankuasa di atas kelancaran sistem pembuangan undi di FKM berbanding di fakulti lain. Dekan FKM, Dr Roslan sendiri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mahasiswa yang keluar mengundi pada hari tersebut.

3. Status Blok Baru FKM
Menurut respons dari pihak fakulti, insyaAllah mereka akan mula mengambil alih bangunan tersebut dari kontraktor pada Julai 2011. Bangunan tersebut dilengkapi dengan 2 Dewan Kuliah yang besar, surau, bilik kuliah, makmal untuk bendalir dan pejabat akademik akan terus kekal di blok lama, untuk memudahkan pengurusan.


4. Kempen tentang E-PPP kepada Mahasiswa
FKM mengalami peratus yang kecil yang mengisi E-PPP pada semester lepas. Oleh yang demikian, di harap semua mahasiswa FKM dapat menilai pensyarah anda melalui E-PPP kerana ia merupakan hak anda untuk menilai. Jika tidak untuk anda, fikirkan untuk generasi selepas ini yang akan menuntut di FKM sendiri.

5. Tabung Amanah Fakulti
FKM mempunyai sebuah tabung khas untuk membantu mana-mana mahasiswa yang mengalami kesulitan kewangan. Namun, sumbangan ini bukanlah berbentuk pinjaman mahupun biasiswa,tetapi sekadar wang ihsan untuk diberikan kepada mahasiswa yang benar-benar memerlukan. Tabung ini adalah hasil derma dari pensyarah-pensyarah dan staf FKM dan mana-mana mahasiswa yang berminat memohon, boleh terus merujuk kepada pejabat mahupun kepada MPM sendiri.

6. Pengambilan untuk sesi 2011/2012
Pengambilan mahasiswa untuk sesi akan datang akan mula dikurangkan untuk memenuhi status Universiti Penyelidikan, di mana 50% mahasiswa yang menuntut di dalam universiti berikut merupakan mahasiswa "post graduates". Oleh yang demikian, untuk mencapai sasaran berikut, ada sesetengah program/ kursus akan digabungkan dan kemungkinan juga ada yang akan ditutup. dan bagi untuk mahasiswa dari Diploma UTMKL, pihak fakulti hanya mengambil mereka yang benar-benar layak sahaja.

7. Mahasiswa Memohon Latihan Industri Selama 6 Bulan
Perkara ini sudahpun mendapat respons dari pihak fakulti, dan fakulti mengatakan Latihan Industri hanyalah sebagai pendedahan. Badan Akreaditasi Jurutera ( EAC) sendiri hanya mencadangkan agar Latihan industri selama 8 minggu dan UTM sendiri memilih untuk diadakan selama 10 minggu. Ini adalah kerana pihak fakulti terikat dengan insurans yang hanya membenarkan sehingga 10 minggu sahaja.

8.Permasalahan Waktu Operasi Kedai Buku dan Perpustakaan FKM.
Pihak fakulti menghadapi masalah dari aspek "man power" untuk menjaga kedai buku di FKM. Oleh yang demikian, saya sendiri mencadangkan agar diambil mahasiswa untuk bekerja di bawah skim pelajar bekerja. ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan untuk mengelakkan mahasiswa ponteng kuliah semata-mata untuk meminjam sesebuah buku di perpustakaan.

9. Perpindahan/Pengecualian Kredit
Dalam isu ini,pastinya mendapat respons yang tinggi dari mahasiswa yang merupakan kemasukan dari diploma. Terdapat 4 perkara yang menyebabkan hanya beberapa subjek sahaja yang dibenarkan untuk dikecualikan .
a) Gred yang diperoleh
b) Soalan Peperiksaan
c) Peratus subjek yang dibenarkan untuk dikecualikan dari keseluruhan jam kredit program telahpun dikurangkan dari 50% kepada 33%. Keputusan ini dibuat oleh EAC sendiri.
d) Silibus itu sendiri

Maka, saya melihat isu ini perlu dipanjangkan ke pihak fakulti di UTM IC khususnya agar sistem soalan peperiksaan dan silibus itu sendiri mengikuti piawaian dan ketetapan yang sama di UTM JB.

10. Permasalahan untuk Bilik Persatuan, jadual kelas 'clash'
Untuk hal ini,kita amat berharap apabila blok baru FKM nanti mula beroperasi,masalah ini tidak lagi timbul.dan bilik rehat pensyarah akan dijadikan bilik mesyuarat untuk mana-mana persatuan di FKM.

Untuk jadual kelas yang 'clash', pihak FKM menghadapi masalah kekurangan kelas kosong. Maka,dengan berlakunya pengurangan pengambilan mahasiswa pada sesi akan datang dan pembukaan blok baru, maka insyaAllah masalah ini akan selesai.

11. Cadangan/ Perkara Berbangkit
kami di pihak MPM FKM ada mencadangkan untuk mengadakan Hari Keluarga untuk fakulti yang melibatkan kerjasama dari persatuan-persatuan dan fakulti sendiri. Ini selaras dengan hasrat Datuk NC sendiri untuk menghasilkan program secara bersepadu.

Kami juga turut meminta agar apa sahaja mesyuarat yang melibatkan soal akademik atau apa sahaja di fakulti ,untuk meminta wakil dari mahasiswa sendiri untuk mendengar pendapat dari mahasiswa, kerana yang belajar dan melalui sistem ialah mahasiswa itu sendiri.

Kami juga turut meminta agar memperkasakan sistem Penasihat Akademik,bukan sahaja sekadar menandatangani borang pendaftaran subjek. Kami meminta agar diadakan hari bersama P.A mungkin sebulan sekali ataupun yang difikirkan perlu.

Dan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas mesyuarat itu,saya telahpun menghantar laporan mengenai respon pemahaman mahasiswa FKM mengenai OBE dan beberapa cadangan penambahbaikan kepada Timbalan Dekan Akademik sendiri. Sesiapa yang inginkan laporan tersebut,boleh menghubungi saya.

2 comments:

  1. Bismillah..Assalamualaikum..
    Respons utk pengambilan sesi 11/12..drp diploma UTMKl, pihak fakulti hanya mengambil mereka yang benar-benar layak sahaja. apakah yang dimaksudkan dengan benar2 layak di sini??..pointer?..tempat tinggal?..atau hanya mengambil bagi mengisi kekosongan sahaja?..


    respon bagi perpindahan kredit..boleh jelaskan secara detail x tentang 4 perkara tersebut?..

    Terima kasih untuk informasi (^_^)

    ReplyDelete
  2. layak dari segi pointer khususnya.

    sebagai contoh, untuk pengambilan sesi 10/11 bagi kursus aeronautik,hanya pointer melebihi 3.6 ke atas diambil dari diploma. dan kuantiti yang diambil, sebagai contoh kelas 1 SMT sekarang ada 25 orang,maka untuk semester hadapan,pihak fakulti akan mengambil 5 orang dari UTMKL untuk menjadikan 1 kelas hanya seramai 30 orang.

    4 perkara
    1) silibus
    2) format soalan peperiksaan
    3) Peratus yang diminta oleh badan yang berkaitan,sebagai contoh Engineering Acredation Council telahpun mengurangkan peratus perpindahan kredit dari 50% kepada hanya 33%.
    4.Gred. bagi sesetengah subjek,untuk membolehkan perpindahan kredit memerlukan gred (contoh) B- ke atas.

    ReplyDelete