Saturday, March 5, 2011

Anak-anakku berjuanglah

"Dan Orang -orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-benar kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

buku yang cukup dekat dengan hati mahasiswa mahupun pemuda. Buku ini, masih lagi dalam pembacaan saya. namun, memandangkan atas sebab-sebab tertentu, saya amat berharap agar saya dapat kongsikan serba sedikit buku ini kepada rakan-rakan mahasiswa sekalian.



antara perkara yang menarik untuk kita amalkan ialah kita sebagai anak muda, pewaris hadapan, menjadi Al Quran yang berjalan. Maksud yang lebih mudah, kita mengamalkan apa yang kita belajar selaras dengan Al Quran baik dalam apa cara sekalipun. Kadangkala cukup terpukul dan terkesan dengan tulisan Ummu Anas, seperti teguran dan nasihat seorang ibu kepada anak-anaknya yang  dilihat sedang membesar mendalami dunia yang penuh pancaroba ini.

Penggunaan bahasa seperti Pemuda Pemudi harapan, anak-anakku membuatkan sesiapa sahaja yang membaca buku ini, terasa seolah-olah Ummu Anas berada di depan kita, dan berkata perkara tersebut secara terus kepada kita.

Akhlak Mulia Merubah Hidup

pernah diceritakan bagaimana hati seorang pemuda yang pada awalnya terlalu marahkan Rasulullah s.a.w, namun apabila baginda meletakkan tangan baginda ke dada pemuda tersebut, sifat marah itu hilang. Malah, kita juga selalu didengarkan dengan sikap perempuan tua yahudi yang buta yang hari-hari menghina insan yang bernama Muhammad bin Abdullah, walaupun bagindalah yang setiap hari memberi makan kepada perempuan tua tersebut.

dapat dilihat di sini,akhlak atau sikap itu mencerminkan satu penilaian yang cukup jelas terhadap orang lain. Maka, sebagai pemimpin, perlulah kita bersama-sama menzahirkan sifat atau ciri-ciri pemimpin yang dikehendaki ummah, pemimpin yang dirindui oleh rakyat, pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri. Malah, pemimpin-pemimpin mahasiswa harus bijak memilih idola, dan seboleh-bolehnya haruslah meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai idola utama.

Cukup dahulu perkongsian. Dapatkanlah buku ini di pasaran.


Muhammad Afdhaluddin Bin Mohd Yusof,
Naib Presiden Fakulti,
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2011.

No comments:

Post a Comment