Sunday, March 27, 2011

12-14 Mac - Singgah Sebentar di UTMIC







Alhamdulillah,saya diberi kesempatan untuk turun ke Kuala Lumpur, di saat MPM UTM IC menuju ke UTM Skudai. Saya selamat tiba di TBS BTS pada jam 10 malam dan bergegas terus ke Kediaman Siswa Semarak untuk satu slot di sana. Walaupun agak lewat ,namun saya sempat berkongsi pengalaman dan cetusan idea untuk mereka memacu KSS dan UTM IC sendiri ke arah yang lebih maju.

Di sebelah pagi 13 Mac, saya sempat bertemu JKM KSS yang sedang bersiap untuk bertolak ke Melaka. Sempat juga saya berjumpa dengan beberapa staf pejabat seperti Kak Syidah,Kak Ros dan pengetua,Encik Noraimi Shafie. Sempat juga kami berbincang mengenai beberapa perkara yang hangat ketika itu, dan beliau sendiri memberi nasihat dan saranan kepada saya dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam menjadi perwakilan mahasiswa.

Kemudian,pada jam 8.30 pagi,saya bertolak ke Kediaman Siswa Jaya untuk berjumpa saudara Wan Hazem, mantan MPM UTMIC. Beliau banyak membantu saya dalam urusan kempen di kampus Kuala Lumpur. Di saat saya tidak dapat hadir ke sana semasa sesi kempen yang lalu, beliau dan beberapa orang rakannyalah yang bertungkus lumus di sini. Terima kasih saya ucapkan.Namun tiada rezeki untuk bertemu dengan beliau pada hari tersebut.
14 Mac,beberapa jam sebelum bertolak, saya mendapat pelawaan untuk mengunjungi Bakery Shop KSS . Di sana saya berjumpa dengan saudari Hanis ,Nurul Jannah dan Nur Farhana yang sedang menyiapkan 'cookies' untuk dijual . Saya melihat aktiviti bercorakkan keusahawanan ini perlu dipergiatkan, dan diharap kelab-kelab usahawan di kolej-kolej dapat menghidupkan fungsi mereka di kolej masing-masing. Hal ini amat selari dengan hasrat universiti untuk menjadi Universiti Penyelidikan Berasaskan Keusahawanan.
Dalam tempoh yang singkat ini juga,saya masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk turun ke Kuala Lumpur. UTMIC,tempat saya mengenal dunia kepimpinan dengan lebih mendalam. Saya rindukan untuk kembali di sini...

No comments:

Post a Comment