Tuesday, February 8, 2011

Meluaskan Perhubungan, Mencorakkan Masa Depan -

Mengembangkan Perhubungan, Mencorakkan Masa Depan -

baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai nasib mungkin segelintir dari graduan IPT di Malaysia memilih jalan mudah untuk berjaya. Mereka menganggap bahawa duit itu adalah segala-galanya. Kekayaan,pangkat dan sebagainya menjadikan manusia itu dikenali tanpa memikirkan keterkaitannya dengan kehidupan di dunia sana nanti.

Suka untuk saya memetik ucapan Dato' N.C kita pada 16 Oktober 2008, "Money can buy Food but not appetite, Finery but not beauty, A house but not a home

Mahasiswa UTM Mahasiswa Kompetitif


Sehubungan dengan itu, mahasiswa UTM khususnya mengambil iktibar daripada apa yang didengari di luar. Kita tidak mahu melihat graduan UTM termasuk di dalam statistik tersebut. Kita tidak mahu mendengar mahasiswa UTM cepat berputus asa setelah gagal 2-3 kali dalam mencari pekerjaan. Mahasiswa UTM seharusnya dapat menterjemahkan 7 teras Dasar Pembangunan Mahasiswa yang antaranya merangkumi sifat kompetitif, tabah dan integriti.


Meluaskan Jaringan perhubungan dengan pelbagai kenalan, syarikat dan syarikat sejak di dalam kampus lagi.

Oleh yang demikian, tika dan saat inilah kita harus bertindak untuk merancang dengan baik. " sesiapa yang gagal merancang, bererti dia merancang untuk gagal." Perhubungan dengan kenalan-kenalan dari universiti-universiti,NGO NGO melalui penglibatan dalam program mungkin akan memudahkan kita satu hari nanti. Segulung ijazah yang bakal kita dapat semasa majlis konvokesyen hanya mampu memberi kita sebuah pekerjaan tanpa kepuasan, pengiktirafan tanpa pengetahuan.

Mahasiswa seharusnya memasukkan di dalam impian mereka untuk sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan 1 syarikat atau badan-badan lain selama 1 semester. Namun, saya yakin dan percaya pastinya mahasiswa UTM mampu untuk membina lebih dari 1 perhubungan luar di dalam 1 semester.

Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai lagi mahasiswa untuk bersama-sama mencorakkan perkembangan jaringan perhubungan ini dengan lebih meluas . Salah satu kaedahnya ialah melalui penganjuran program-program yang berfokuskan kepada peluang kerjaya mahasiswa UTM. Malah,kita juga sering membaca di dada dada akhbar yang melihat usaha pihak pengurusan UTM sendiri yang mewujudkan usahasama dengan pelbagai syarikat utama negara, maka seharusnya kita mengambil peluang yang terhidang ini.

Menghayati Konsep Kerana Tuhan Untuk Manusia

Saya dan anda tidak mampu memberi jaminan pelan ini akan berjaya, kerana itu ialah kuasa Yang Maha Esa.Namun bukankah kita disuruh berusaha dan berikhtiar semaksima yang mungkin ? Dan sekiranya masih gagal, mungkin ada juzuk-juzuk tertentu di dalam tindakan anda itu kurang tepat. Mungkin niatnya yang lain seperti mendapat kerja untuk menjadi kaya,pujian dan sebagainya. Hayatilah semula motto "Kerana Tuhan Untuk Manusia." Segala yang dilakukan hanya kerana tuhan, namun manfaatnya dapat dirasai manusia di segenap pelusuk dunia.

Ayuh mahasiswa, bersama kita mencorakkan masa depan kita (^_^)

No comments:

Post a Comment