Thursday, January 13, 2011

Tugasan Baru...

apabila kita berada di bawah,baru kita dapat menyelami denyutan nadi,permasalahan,khususnya dalam sesuatu organisasi. Bagaimanakah saya satu ketika dahulu menjadi pimpinan tertinggi,apakah cukup saya turun dan mendengar sendiri keluhan mereka? astagfirullah..

alhamdulillah, saya sudahpun diberi mandat untuk memegang sebuah amanah yang besar bagi pandangan saya. Keputusan saya untuk menolak beberapa jawatan tertinggi itu,atas visi saya yang jauh. Melihat kekurang upayaan saya dalam mengawal gelagat manusia manusia.

Mengambil iktibar dan pengajaran dari blog sahabat saya, Pak Long Syam tentang hikmah, dan alhamdulillah saya dapat merasainya. Perancangan Allah itu yang terbaik.

Dan alhamdulillah, aduan mengenai kerosakan plug, mesin basuh, lampu koridor dan water cooler sudah saya sampaikan kepada pihak kolej pada jam 9.15 pagi 12 Januari. dan berikut merupakan keterangan dan maklumat yang diberikan :

a) lampu koridor - sistem yang digunakan ialah bypass, maksudnya lampu koridor yang dihidupkan selang seli. Maksudnya, contoh ada 10 bilik. 3 bilik pertama ada lampu koridor,3 bilik berikutnya tiada dan 3 bilik seterusnya ada. Tetapi aduan di depan bilik UB1 1024 dan 1027 sudah saya sampaikan dan akan diambil tindakan.

b) plug rosak UB1 1047-1064 - saya sudahpun memaklumkan,dan semalam juru teknik mengatakan akan datang pada hari ini (12 Januari). menurut kebiasaanya, masalah itu terjadi samada 2 perkara, peralatan yang digunakan rosak atau memang ada masalah 'wayering'. Namun masalah ini boleh diselesaikan dengan menutup suis papan utama dan kemudian menghidupkannya semula.

c) water cooler - permasalahan water cooler ini sudahpun pihak kolej sampaikan kepada pihak HEMA kerana ia melibatkan kontraktor.Namun,apabila pihak kolej menghubungi kontraktor,kontraktor memaklumkan yang pihak HEMA tidak menyambung kontrak mereka. dan perkara ini masih menunggu jawapan dari pihak HEMA

d) Mesin basuh- Encik Johari sudahpun saya hubungi.dan beliau akan datang untuk membaiki dan memulangkan semula duit yang masuk esok hari ( 13 Januari). Dan sekiranya para pengguna sendiri mendapati mesin gagal berfungsi, sudahpun tertera nombor yang perlu dihubungi di situ.

Saya berharap agar saya mampu untuk menghidupkan dan mencorakkan sahabat-sahabat saya dengan banyak lagi perkara yang menguntungkan mereka untuk jangka masa panjang.

Saya mengharapkan agar sahabat-sahabat dan diri saya ingat dan berpegang teguhlah kepada pemantapan rohani,kerana pemantapan rohani yang kuat mampu membentuk diri mukmin yang profesional.

Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof

No comments:

Post a Comment